demam di Liang East-West

November 28, 2006 at 2:49 pm (XPDC Gunung)

dunno why tahap eksaited nk naik gunung agak ‘tenggelam’ lately. even mlm sebelum gerak ke Tg Malim, aku still berbelah bagi antara nak pegi atau tak. mungkin sbb aku tak baper sihat kut taim nih..


jumaat, 24 Dec 06

hujan. bag dh siap packing awal-awal. rajin aku balut setiap helai baju dgn plastik. mcm nk gi trans plak. bukan haper, skrg nih musim hujan. aku plak, bukannya sihat sgt. kang kalau basah baju sumer, ko nk pakai aper?

dekat nk kul 9.00 mlm baru fazi sampai. ingatkan nk terus gerak, rupanya kena gi pudu jap. fetch Nabil yg dtg dari Jhr. dia terlepas ketapi. bertambah lagi ‘koleksi’ member gunung yg aku kenal (haha).

sampai kt R&R Rawang, fazi benti jap. tunggu team kami yg otw dari shah alam. 15 menet pastu, baru lah zin, talha, man, farah & amy sampai (derang naik 2 keta). lelepak jap, pastu trus chalo ke UPSI.

tak ingat kul baper smp UPSI. aku dh ngantuk tahap dewata raya. lepas supper gegamai dgn team dari UPSI, kami trus gerak naik bas skolah gi Kg Sg Dara.

kat Kg tu plak, ada sikit misunderstanding. ada yg cakap kitaorg kena jalan dlm 2 kilometer utk sampai ke dem.. ada plak yg cakap 2 menet.. rerupanya, 2 jam.. amek ngko.. pehh mmg menyengattt. walopong jalan atas tar, yg tak bestnya, aku pakai sandal yg sungguh la tak seswuei dibawak trekking. tak sempat nak tukor. yelah.. cakap 2 menet je.. kalo aku tau 2 jam, mau aku tukar ‘uniform’ skalik kan.

kalau tak silap, dekat kul 3 pagi gak la baru sampai kawasan dem. part yg tak best, taim nak tido, pacat di mana-mana.. ngeri sey! tp, lantok la kan. macik tak koser nak layan. sarung sleeping bag, truss zzZZzzzz.. lena sampai ke subuh.


sabtu, 25 Dec 06

bangun pagi,
gosok gigi,
cuci muka,
dan mandi.. lala~la

bersemangat btul. even taim nih batuk aku takde tunjukkan tetanda nak kurang, aku tetap bersemangat nk daki Liang. mood agak ceria pagi nih. mungkin sbb teguk hampir setengah botol Breacol mlm td (euww.. aku tak suka mkn ubat!).

lepas sessi senaman & goyang-goyang sikit, kami gerak menuju ke puncak (ops tak sampai puncak, kat kemsait seterusnya je). menurut guide, kami akan jumpa 7 batang anak sungai seblm sampai ke last water point. perjalanan dianggarkan selama 2 jam. hm, oke la tu.

trek agak santai. boleh makan koci sambil berjalan (bak kata mak wei). dlm hati, aku duk kira jumlah anak sungai yg kami jumpa.. hm, tak sampai tujuh pong? ke aku silap dengar or mungkin sungai tu terlindung or inbisibel.. huhu. oh yer, taim nih kami terserempak dgn group Joyah yg seramai 15 org (kalau tak silap arr). gamai gak yg gi Liang mggu nih ek. team yg aku ikut nih je dah 29 org.. campur sumer ada la dekat 44 org.. waahh meriahhhh la kemsait mlm nih.

aku sampai last water point sejam awal dari masa yg ditetapkan (kul doblas tengahari). bentang ground, trus start masak. menu lunch; ayam masak merah + sayur kobis & keret + air teh.. slrupppp.

for info, kat last waterpoint nih ada jeram. sungai dia tak la kecik sgt. kalau nak tiruk tu, boleh la.. air dalam takat dada org dewasa je.

lepas makan, perjalanan diteruskan lagi. kata guide, utk sampai ke basecamp amek masa dlm 4 jam. since taim tu baru kul 1.30 ptg, aku bajet, sumer org sure sempat sampai sebelum hari gelap, insyaAllah.

trek menuju kemsait pun agak santai. tader trek pacak. cuma mental la sbb journey tu cam neverending stori katanya. hujan plak, sekejap lebat.. sekejap benti.. mcm chipsmore.. hangin je nak bukak – pakai baju ujan.. grrrr.

alhamdullilah, aku ngan fazi sampai kat kemsait dlm kul 4.30 ptg (jimat sejam). sempat lah nge-cop port nk pasang fly, ground, khemah bagai.. lepas siap sumer, aku pi mandi ngan joyah (dia da sampai lagi awal). air kat kemsait tu takder lah beso sangat. cam parit kecik je. taaappiii, joyah siap buat kuak lentang. pehh, tak sejuk gamaknya. aku plak cam kena parkinson bila kena air tu.. serrjuurrkkk! tapi, mandi tetap mandiiiiii.. ke-chantek-kan musti dijaga, even dlm hutan tauuuuu (koserr makk).

pas mandi, baru lah team aku sumer sampai. keluar ration bagai.. masakk! since farah & amy ke-fenat-an, mlm tu aku jadi chef. menu; ikan goreng masak asam pedas + kailan ikan bilis + teloq goreng.. menu tak hingatttt punyer. taim masak tu aku prasan suara aku dah hilang (tataw pi mana). sudahnya, aku cam org bisu mlm tu – cakap guna bahasa isyarat. batuk plak makin teruk (mungkin sbb berendam ayor sejuk ptg tadi). aku tido awal mlm tu. bengang sbb tak boleh bersuara. bebudak nih plak, bukannya paham apa yg aku cakap. digelakkan aku ada ler.. huhh ampeh.


ahad, 26 Dec 06

tepat kul 5 pagi, sumer dah bangun. plan nak naik puncak awal-awal.. nak tingok sunrise kononnya. kata guide, nak sampai puncak amek masa dlm 2 jam… subuh tu, badan aku panas giler. sungguh aku rasa cam tak larat nak naik puncak. dalam hati nih dah tawakkal je.. aku redha kalau kena ripit lagi sekali naik Liang.

kul 7.00 pagi, fazi kejut. suh telan ponstan. aku cakap kt dia, perut kosong mana buleh mkn ubat . tapi dia cam tak paham plak. dipaksanya gak aku telan ubat tu.. (of coz la dia tak paham, aku manader suara) gereeemmmm aku!.. aku tunjuk bahasa isyarat kat perut.. pastu guyang-goyang tangan tanda ‘perut kosong’.. taaapiii dia still tak paham gak.. *uwaaa*.. seksa btul takder suara nih. last-last, aku bangun sendri.. masak air, telan twisties.. pastu baru mkn ubat.

kul 7.30 pagi, aku dah siap tukar uniform. kesian gak tgk memember yg mengharap aku naik puncak sesama derang. camner pun, alhamdullilah, 8.30 pagi, aku sampai gak puncak Liang West. trek ke puncak pun agak santai (pendek kata trek sepjg perjalanan mmg santai lah) .. pastu kami gi Liang East kat sebelah plak (jarak tak sampai 5 minit dari Liang West).

info, puncak gunung Liang West botak. juz ada beirut je. Liang East plak, still dikelilingi pokok-pokok berlumut.. agak terlindung arr dari angin. kalau tak silap aku, tinggi de-dua gunung nih sama je.. 1933m.

tak lama lepak kat puncak.. serrjurrkk weih. aku pun tanak amek risiko taim demam nih. sebelum turun, sempat gak la aku pau megi Jebat & d’geng.

kat kemsait, ramai yg dah siap packing. kitaorg pun tak sempat nak prepare lunch. juz mkn kunang-kunang (kudap-kudap) jer. taim nk turun, hujan lebat laa plak.. trek licin + hancur cam trek bajak disebabkan jumlah pendaki yg guna trek tu agak ramai.

otw turun, sempat gak la kami tiruk kat port lunch semlm (aku tak join ler – giler ko, kan ke aku demam). kat sini aku dapat tau team aku, amy injured. beg dia incik guide tulung bawakkan. thanks to talha & jebat coz polow amy.

dlm kul 6 lebih baru aku sampai kat kawasan dem. sempat mandi skejap sambil tunggu yg lelain sampai. taim nak keluar nih agak rileks sket coz ada powil tulung angkut kitaorg.

lepas load barang dlm bas, kami gerak ke starting point (UPSI) & trus balik KL..

hmm.. demam still tak kebah. suara plak serak cam itik serati. padan muka aku.. saper suh masuk utan taim demam..

Advertisements
%d bloggers like this: