>1428 Hijrah

January 18, 2007 at 4:46 pm (Uncategorized)

>

orkid hutan @ gunung Yong Belar

awal muharram dah dekat. sambut tahun baru lagi.. tahun baru Islam. maal hijrah. lagi dua minggu, sambut tahun baru Cina plak.. hm, meriah meriah.

baca paper pagi tadi. banjir kat selatan dah start surut. alhamdullilah. pelik banjir kali nih. biasa tu, dengar kat Ganu je. kali nih, Johor yg ‘gah’ tu pun boleh tewas. kuasa Tuhan, “kun-fayakun”. ada hikmah tu. sabar je lah.

lately, aku byk fikir ttg hati & perasaan. jiwang tul. eiyyyy, aku tak suka laa.. ikutkan, aku nak hidup hepi hepi.. tanak terikat sana sini.. tanak luka kan hati sesiapa.. tanak bercinta ngan sesaper.. tanak tanak tanak.. aku tanak jadi minah kuntum.

tp, tak kira tinggi mana gunung aku daki.. aku still tak boleh lari dari masalah camnih. susah tau kalau org dah bagi harapan nih. mula lah hati aku berbunga wangi. mengharap miracle boleh terjadi (perghh.. ayattt tak hingattt).

penin arr. aku tak suka penin-penin acamnih. nak kata problem tu sebesar alam, tidak lah. penyelesaian dia pun seciput je. cuma effect / impact result tu je yg agak besar. tp, still.. boleh dikontrol. kata org, hendak seribu daya.. tak hendak kalu, lupakan je.. yer tak?

tp, tulah.. nk tunggu keputusan dia. lama mana, tataw. one thing for sure, aku tak suka tunggu lama-lama. jgn di dera perasaan nih.

Awal Muharram – semoga ada penghijrahan dalam dirinya.. *amin*


1 Comment

  1. bg said,

    >banyakkan bersabar ok syg

Comments are closed.

%d bloggers like this: