>kelip-kelip kuala selangor

February 7, 2007 at 9:59 am (Uncategorized)

>last wiken, gi tgk kelip-kelip kat kg. kuantan, pahang… opsss… silap. bukan kg. kuantan kat pahang nunnn oke. tapi kat area Kuala Selangor. dekat jer. lebih kurang 45 minit dari bandar Kelumporr. aku pegi dgn Nurul & Fuzzy. ekceli plan asal nak amik LCD Monitor. ntah camner boleh tersangkut kat kawasan kelip-kelip tu aku pun tataw.

memula tu, aku cam pandang rendah gak laa tempat nih. dalam kepala aku duk bayangkan dua tiga ekor kelip-kelip je. taaapppiiii, bila dah sampai kat kawasan jeti, pehhh.. tengok sampan yg tersusun kat tepi sungai tu pun dah buat aku eksaited terlebih.. best giler.. naik sampan tgk kelip-kelip sambil menyusur sungai kuala selangor!!

sebelum naik sampan, sumer tourist, diwajibkan pakai life jacket. ye lahh, bapakk besor sungai tu. cuak seyy. sampan plak, jenis yg dayung sendiri. ala-ala dolu-dolu. feeling abisss! tambang utk sorang, RM 10 inggit. bunyik cam mahal kan? tapi bagi aku mmg berbaloi. haper ingat senang nak dayung sampan tu? masa Kapten Sampan (tukang dayung) bagi aku try dayung sampan tu, aku ingatkan senang cam berkayak.. terkial-kial aku nak angkat dedua pendayung yg beratnya 10kg satu pendayung… dayung punyer dayung, sampan tak bergerak-gerak gak. hanyut ikut arus ada ler. sib baik tak terlangkup aku kejekan. kalau tak sure Kapten Sampan hempuk aku dgn pendayung tu. oh yer, satu sampan boleh muat maksimum 4 org aje tau.

part yg paling best, bila tengok jutaan.. errr .. billion-an.. errr.. zillion-an kelip-kelip yg hinggap kat tetiap pokok kat kiri kanan tebing sungai.. subhanallah. pokok kismes pun tak se-lawa tuuu. kata Kapten Sampan, sepanjang 30 kilometer tebing sungai tu jadi tempat habitat kelip-kelip. kata omputih, port kelip-kelip nih dipanggil.. “where the fairies lives”.. mmg lawaaa.. marbeles.

dulu.. aku slalu pikir kat area KL nih tader tempat menarik (esp port lifestyle yg gempakk dan tak kena dgn jiwa outdoor aku). slalu tu, kalau nak gi jenjalan ngan pemily, kekawan or buipren/gelpren, sure terpaksa gi jejauhh. tapi tu dulu arr. sejak dua tiga menjak nih, aku rajin explore tetempat baru. byk mender yg happening kat tetempat yg tak penah kita amik pedulik sebelum nih sebenarnya.

kalau ada yg still tercarik-carik xtvt utk dibuat wiken nih, try arr pegi Kuala Selangor. bykk woo tempat menarik kat sini.. antaranya:

  • Kelip-kelip (Fireflies) kat Kg. Kuantan Kuala Selangor – apa yg best?? kat sini ada kawasan rekreasi. kemudahan awam byk (public transport pun ada). ada muzium mini yg terangkan tentang habitat kelip-kelip. tapi kalau nak pi sini, taim malam je laa. tengok taim siang apa yg nampak?? tambang sampan juz RM 10 seorg.
  • Bukit Melawati – naik bukit nih boleh guna kereta. tayah bayar. pree jer. kat atas tu ada meriam-meriam lama, rumah api, umah british dedolu, kedai kraftangan etc. ada port utk tgk view.. mmg menarikk.
  • Kuala Selangor Nature Park – dapat tgk cemacam jenis burung dari. esp migrating birds. kat sini gak, bagi yg suka execise tu, buleh la trekking sesikit dlm kawasan rekreasi nih. mmg menarik arr. kat sini ada hotel & hostel yg berpatutan rega nya. murah & selesa.
  • Pantai – ada beberapa kawasan pantai yg menarik kat sini. kalau nak mandi tu, tak digalakkan la. kebanyakkan pantai kat sini a bit berlumpur. view mmg menarik. ada byk port nak makan seafood. rega pun murahhh.. syedapp. kalau gajin masak, pi la visit kampung nelayan kat sini. kompem buleh dapat cemacam jenis ikan, udang, sotong, ketam, kerang, siput, lala, remis, belangkas etc..
  • Sawah padi – kalau nak tgk view sawah.. pon aderrrr.. cun sangat! tapi kena drive dalam 10-20 km dari Kuala Selangor ke Tg Karang. try arr.. mmg berbaloi. alaaa bukan jauh pong. view mmg marbelesss.

nih la sikit sebanyak info yg aku dapat hasil dari pemerhatian & pengalaman sendiri. sesaper yg nak short gateway luar dari KL dgn kos yg seminimum mungkin, port Kuala Selangor nih mmg charer. terpulang sama ada nak buat trip balik hari or nak spend semalaman kat sana.. slamat bercuti-cuti me’sia.

kalau ada port best yg lain, nanti aku “up” kat sini lagi..

%d bloggers like this: