>my first taim jadi guide

March 2, 2007 at 12:32 pm (Uncategorized)

>

gunung ulu semangkuk -> sg. chilling -> gunung / bukit kutu -> air terjun sg. chilling


*credit to Ipat for diz photos*

selasa, 27 feb

alhamdullilah, tader masalah nak uruskan permit masuk hutan. bayaran juz RM 5 sorang utk permit. darab dgn 60 peserta.. tambah guide lagi.. kira lah.

kul 8.00 pagi dah gerak ke Kuala Kubu baru. aku pegi dgn adik aku, Ain & Fuzzy. Wan & Ipat gerak asing. Team PTD plak, gerak dgn 2 buah bas dari INTAN.

sampai Kuala Kubu Baru, singgah balai polis jap, hantar report dgn senarai nama peserta pastu trus shoot ke Bukit Fraser. Kami sampai kat GAP house serentak dgn peserta dari INTAN. kat sini, Adi (program organizer) perkenalkan kami dgn Imran (pegawai pengiring dari INTAN) dan team abang Usop. lepas mintak kebenaran utk parking keta & simpan beg peserta, kami diminta utk brief serba sedikit tentang program utk hari tu. ikut schedule, plan utk hari tu juz mendaki gunung Ulu Semangkuk & proceed ke Sg. Chilling utk kemsait.

60 peserta dibahagi dlm 4 kumpulan (15 org satu team). setiap team ada satu guide. since Wan penah naik gunung nih, aku biar dia lead team first. aku lead team kedua. Ipat amik team ketiga & Fuzzy jadi sweeper utk team keempat. start trakking dalam kul 11 pagi.

Adi awal-awal dh inform yg kebanyakkan peserta tak pernah mendaki gunung (first timer). memula tu, aku rasa cam tader masalah sangat sebab gunung Ulu Semangkuk nih mmg trek utk beginner. tapi tak sangka pulak derang mmg slow giler. esp, peserta perempuan. bak kata Adi, trek Ulu Semangkuk nih bagi derang macam trek nak ke gunung Tahan. tapi, kira nasib baik jugak lah, team work antara group mmg kuat.

hampir 2 jam trekking baru semua peserta sampai ke puncak GAP (puncak first). berhenti lunch kat beirut. aku tak lunch la. tak lapar pun. berpeluh pun tidak (jalan slow sgt) taim makan, aku tengok makanan memasing guna bekas polystyrene. masakkk laaa derang nk angkut bawak turun nnt. kat puncak nih ramai peserta dh flat giler. ramai gak yg start buat pengakuan penyesalan yg tak terhingga ikut trip nih (maklumlah memasing pegi atas dasar terpaksa coz program nih salah satu silibus dlm latihan PTD derang). pening kepala aku nak menjawab bila derang tanya bila nak sampai?.. jauh lagi ke?.. kenapa gunung ulu semangkuk nih takde sungai? kalau yg tanya tu sorang dua takper la.. nih sampai 60 orang! haruuuuu..

45 minit pastu, perjalanan diteruskan lagi. turun naik puncak tipu plak. taim nih, memacam halangan yg jadi.. ada peserta yg sakit perut.. cirit birit.. pening kepala.. sakit lutut.. yang colapse beberapa kali pun ader! masyaAllah.. pendek kata memacam lah. nasib baik la aku tak bagi cadangan mendaki gunung Yong Belar & 3 Boundaries rituh. kalau tak, haruuuuu aku nak guide depa sumer nih. camnerpun alhamdullilah jugak lah. berkat semangat & team work, sampai jugak kami ke puncak gunung Ulu Semangkuk. taim tu, jam dah pukul 3 lebih.

tak lama kami lepak kat puncak gunung nih. lepas soru nasi lemak yg aku tapau pagi tadi, kami gerak turun. taim nak turun, ramai peserta kehabisan bekalan air. aku lak, juz bawak air 500ml. tu pun tak luak. bagi je lah kat derang. taim nak turun pun sama gak. slow sangat. dekat kul 6.30 baru team last sampai kat GAP house. lori utk angkut derang ke Sg. Chiling dah lama tunggu. loading barang pastu gerak ke Sg. Chilling. 2 kali gak arr berangkut dgn lori. kesian bebudak PTD tu. sure muntah-muntah naik lori. dah ler jalan kat situ bengkang-bengkok.. sebijik cam jalan gi Cameron.

hari dah gelap bila kami sampai kat jalan masuk ke Sg. Chilling. Fuzzy lead team yg dah sampai masuk ke dalam hutan & set up kemsait. since Wan & Ipat tak penah sampai situ, aku laa yg kena tunggu kat luar sampai sumer peserta sampai. dekat kul 9.00 mlm baru team last sampai kemsait. penattt sey. aku biarkan derang pasang khemah memasing. taim tu aku duk pikirkan Ain. kesian gak kat dia. dah la first time panjat gunung. pastu aku lak takde masa nak peratikan dia. tapi, boleh tahan gak adik aku nih. first taim pun, selamber je dia panjat gunung Ulu Semangkuk. syukur.. takder la aku risau sgt.

tak sangka lak team PTD tu dah sediakan rations utk team guide. banyakkkk giler. mcm nak suruh kami duduk seminggu kat situ plak. rations yg derang bagi.. u~la~la.. western sungguh. siap ada cornflakes, susu, etc.. yg tak tahan tu, kicap pekat sebotol besar! tu belum campur rations yg kami bawak. meriah fly kami dgn makanan. menu mlm tu, pucuk paku masak cilipadi, sambal tumis ikan selar, sayur campur & papedum. rations yg team team PTD bagi kami letak tepi dulu. masak bebanyak siapa nak makan kan??


rabu, 28 feb

kul 6.00 pagi aku dh bangun. masa nak goreng kuey teow, Adi datang kat fly kami. dia suruh kami gegar bebudak tu sumer kul 6.30 pagi. aku okeh kan je. lepas siap tapau utk lunch, aku packing barang utk day-pack. kali nih aku bawak 4 liter air. takut gak kalau jadi cam semlm.

masa briefing, kami tak inform peserta tentang air perigi yg ada kat puncak. takut kalau derang habiskan bekalan air memasing sebelum sampai puncak.. haru lak kang. lagipun, taim tu dh lama tak hujan. takut gak kalau air perigi atas tu kering. aku bajet masa, paling lama 6 jam trekking utk derang sampai puncak (kalau ikut tahap ke-pewai-an derang semlm lah).

tepat kul 7.00 pagi, kami sumer start trekking ke Bukit Kutu. perjalanan juz amik masa 20 minit (jalan kaki). jarak antara kemsait dgn kg. org asli Sg. Pertak (starting point) dalam 1.5 kilometer. kira cam warm up seblm mendaki la nih.

kat starting point, aku lead team depan. Usop & Ipat follow dgn team kedua & ketiga. Fuzzy as ussual jadi sweeper. Wan? taim nih dia hilang.. lepas “hajat”.

permulaan perjalanan agak santai. sumer peserta PTD cam teruja tgk view sungai sepanjang trek. sesambil lead, aku cantas pepokok paku pakis gergasi untuk dijadikan marking team belakang. risau gak sebab Fuzzy & Ipat tak penah sampai tempat nih. Yang tau jalan juz aku dgn Wan je. so, marking kena jelas & betul.

cuaca kali nih mmg cuNn.. panas. maka terselamat la peserta pompuan dari terjerit-jerit dilanda pacat. kalau ada punnn juz sekor dua je. tuuu punn derang jerit bagai nak pecah gegendang telinga. yang hampir menangis pun ada.. hehe teringat aku taim memula join outdoor dulu. part yg tak boleh blah, bila hampir sumer peserta pompuan trekking pakai sweater. nak mengelak pacat katanya. tak panas gamaknya??

lepas sungai ketujuh (sg terakhir sebelum mendaki Bukit Kutu), Wan muncul dari belakang. aku suruh dia lead team depan sebab aku terlupa nak refill air. masa nak patah balik, terserempak dgn Adi & Usop yg lead team kedua. 15 minit pastu, team ketiga sampai tanpa guide. aku lead derang dari situ.

habis je trek santai, dia bagi trek mencanakk plak. perjalanan bertambah perlahan. taim nih, sumer group dah bercampur-campur. ntah berapa ratus kali bebudak nih tanya aku port rata utk take 5. sesambil trekking, aku amik part time buat tongkat dari dahan kayu mati utk bebudak pompuan. sumer tahap dah jalan bongkok cam nenek kebayan.. syiannyaa.

tak sangka ek, rupernya penat gak keje jadi guide nih. kekejap kang nak kena kebelakang tgk peserta.. pastu lari balik kedepan utk guide jalan.. giler arr. hampir putus nyawa dibuatnya bila turun naik acamtu. tapi muka kena maintainnnnn cooool.. baru peserta konpiden.
ada beberapa tempat kat Bukit Kutu terbakar. aku agak, kena petir. ada lah 7 ke 8 kawasan yg hangus (esp. hutan buluh). teruk gak arr jadinya. kalau sebelum nih, kena merangkak meniarap bawah buluh, sekarang nih trek dah clear.. jalan sambil kawad pun buleh.

sekerat jalan, ada beberapa peserta pompuan yg almost give up. sumer cakap tak sanggup nak teruskan pendakian ke puncak. aku dh start pening kepala bila memasing tak henti-henti tanya.. “bila nak sampai?”.. “lama lagi ke?”.. nampaknya, kena banyak sabar bila jadi guide nih..
part yg mencemaskan bila ada ular sebesar lengan melingkar bawah rimbunan buluh yg terbakar. dalam takut-takut berani, aku terpaksa kedepan. dgn parang kontot & buluh runcing kat tangan aku try halau ular tu. sib baik Fuzzy tetiba muncul kat belakang. aku bagi signal “tali pinggang”.. taim tu sumer peserta tertanya-tanya maksud ayat tu. aku diam je lah. kang bagitau ada ular, sure berterabur sumer.

bila sampai kat belakang batu besar, aku laaa org yg hepi giler. azabbb woo jadi guide nih. esp bila kena jaga org yg seumur hidup tak penah masuk hutan panjat gunung.. DAN tak minattt outdoor.. buleh mentalll sey.

kat puncak batu, kami suruh bebudak tu pilih sama ada nak teruskan atau nak stay kat situ sementara team yg lain teruskan pendakian ke puncak. taim nih ramaiii giler yg pilih utk stay. Adi dah naik risau. aku explain kat dia, trek lepas nih takderlah pacak cam tadi. kalau pacak pun tak la seteruk tadi. bila dengar janji-janji manis tentang trek yg landai ke puncak, memasing setuju teruskan. cuma ada 2 org peserta pompuan tak ikut naik. sorang tu baru lepas lahirkan anak, sorang lagi tak berapa sihat.

alhamdullilah, perjalanan ke puncak nih takder lah byk kerenah sangat. cuma menyengattt bila derang pertikaikan tahap ke-landai-an trek yg kami janjikan tadik. adeihh.. naik gunung manader trek rata sepanjang jalan. taim nih, kalau kami silap bagi timing mmg jadik bahannn la jawabnya. sampai aku terpaksa berlari naik dan cek jarak & masa utk sampai kepuncak dgn betul semata-mata nak bagi moti-basi kat derang nih.

akhirnya, setelah 2 jam (total 6 jam mendaki) melayan soklan bebukan yg hampil menyebabkan aku mental dari peserta PTD nih, kami sampai jugak ke puncak Bukit Kutu. panas giler kat atas nih.. seriyesss panasss. puncak bukit pun terbakarrr. pokok sumer togel. sign board yg comel bertali-tali tu pun hanguss.

sementara tunggu group last dgn sweeper sampai, aku masak megi mee.. emmm lazattt. taim nih, ada sorang peserta pompuan pitam (Ayu nama dia). tapi ok lah. penat sangat kut.

lepas sejam duk posing bagai kat atas tu, kami gerak turun. mood agak ceria taim nih. sumer pakat-pakat nyanyi. formmmm je. tepat kul 5.00 ptg, kami sumer sampai kat starting point. waaahh.. tak sangka. aku ingatkan kami akan lambat cam semlm.

dekat nak magrib, Ipat keluar sengsorang. termengah-mengah dia berlari. ada peserta pompuan pitam kat puncak batu. Adi & Usop unreachable. derang on the way ke kemsait. yang ada taim tu, Wan, Ipat, dan 2 pegawai pengiring dari INTAN. aku capai headlamp & parang pastu masuk balik dlm kawasan hutan. risau gak Fuzzy sengsorang manage peserta lain. aku lari tak pandang kiri kanan dah. seram gak bila jalan dlm hutan sengsorang acamtu. nekad jer.

kat sungai keempat, aku terserempak dgn derang. dah agak, sure Ayu yg pitam. kata Fuzzy, dah sejam Ayu pengsan. aku tak dapat bayangkan camner derang bawak minah tu turun. cemacam cara katanya. guna strecher (yg dibuat dgn kayu & t-shirts), pikul atas bahu etc.. Ayu aku tengok dh biru. mata dia nampak putih je. hypertemia?

Fuzzy pass kunci keta. suruh aku runner keluar pastu bawak keta masuk dlm. lariii lagikkkk!!!. nasib baik kami letak keta kat starting point (in case of emergency). kat luar, keta Fuzzy dah mcm 4wd. sesahhhh je. letak Ayu kat seat belakang, pastu trus shoot ke wad kecemasan Hospital Kuala Kubu Baru.

syukur sangat dia tak apa-apa. sejam lepas kena injection, salurkan air hapekebender dlm badan & amik darah, dia sedar balik. aku terpaksa stay kat situ sampai kul 10 mlm. penatt sey.. dgn baju basah lagik.. serrjurrkk. almost kul 11 lebih baru Ayu dibenarkan keluar. legaaaa..
mlm tu, ada BBQ kat kemsait. aku tak lalu makan. penat tahap gaban bersepuluh. bersihkan badan.. truss zZzzzz.

khamis, 1 march

bangun lambat pagi nih.. badan lenguh, sakit dan sebagainya. nak tido lelebih tak buleh sebab still ada misi yg belum diselesaikan. nak kena guide peserta ke air terjun plak.

ekceli, pagi nih sumer peserta dah pewai. tapi disebabkan modus operandi hari tu utk trekking ke air terjun, organizer buat plan baekkk punyer.

peserta dibahagi dlm group yg lebih kecil. satu pertandingan orienteering dibuat dimana check point yg terakhir adalah utk mendapatkan signature Guide.. apalagasss, berlari-larian la aku sambil tinggalkan marking utk peserta ikut jejak kami… naik bukit.. turun bukit.. seberang sungai.. sampai je kat kawasan air terjun, kami lepak tunggu peserta atas batu.

sukernyaaaa tgk muka peserta yg terpegun tgk air terjun yg tinggi tu. sikit pun takder keluar komen cam penat ke haper.. sumer eksaited sampai lupa kepenatan utk trekking kesitu. puas hati beb bila tgk sumer peserta enjoy. Adi plak, tak hehabis bagi compliment. senyum aku dah sampai telinga taim nih..

lewat petang tu, kami balik ke kemsait. packing. sedih gak bila nak balik. lepas sesi babai-babai & tukar no tipun, kami pun mem-balik-kan diri.

2 Comments

  1. bg said,

    >Tahniah syg

  2. aD said,

    >time kaceh =)

Comments are closed.

%d bloggers like this: