>Selamat Pengantin Baru

March 8, 2007 at 10:18 am (Uncategorized)

>

esok aku cuti.

sabtu nih ada kenduri doa selamat kat kampung. malamnya, kami sekeluarga akan pegi ikut rombongan cik Kiah ke Kedah. bapak dah sesiap chartered satu bas utk family aku yg seriyess gamai nih. ahad plak, ada mejelis pernikahan adik lelaki aku kat umah pengantin pompuan kat Alor Setar. semoga perjalanan kami dilindungi-Nya dan semoga majlis perkahwinan adik aku berjalan dengan lancar.. *amin*.

buat Sham & Ida
selamat pengantin baru! semoga korang ceria, bahagia, dimurahkan rezeki & dipanjangkan umur.. *amin*.
Direnjis-renjis dipilis
Ditepungilah tawar
Hai beras kunyit ditabur
Disiram si air mawar

Duduk dua sejoli
Atas pelamin berseri
Dihias intan baiduri
Sebagai raja sehari

Lepas duduk bersanding
Jalan rapat berganding
Bersalam-salam keliling
Sambil mata menjeling

Riang pengantin baru
Gurau senda bercumbu
Aman damai selalu
Hingga ke anak cucu

3 Comments

  1. bg said,

    >Slmt pengantin baru buat Sham&Ida

  2. kawan said,

    >ad bile u nak kawen? jom lah kawen ngan i

  3. kawan said,

    >kalau kenal boleh lah kiter kawen yek…

Comments are closed.

%d bloggers like this: