>XPDC Gunung Lebah

May 9, 2007 at 1:44 pm (XPDC Gunung)

>

lama dah aku gi Gunung Lebah nih. awal bulan lepas. baru nih nak upload entry. bukan terlupa, mmg takde masa sebenarnya. ikutkan mmg banyak lagi log xpdc yg aku tak updet. seriyes, lately tak sempat nak nulih cerita.. apatah lagi nak upload gambar yg dh tentunya amik byk masa. log yg lelain tu, nenanti lah. nih pun aci sempat je.




*credit to Kenshina, Defzone, Skem & Pekatu for diz photos*

alhamdullilah trip sukses!

Lokasi: Tg Malim, Perak
Tarikh: 7 & 8 April 2007 (2 hari)
Team member: 18 org


Log ingat-ingat lupa:

7.00 am
Gerak dari KL dgn Fuzzy (ekceli janji nk jumpa kul 6.00 am. Kesian Fuzzy sangap tggu aku)

8.30 am
Sampai bus-stand Tg. Malim. Rushing laaa sangattt. Sorang pun blm sampai. Janji nak jumpa kul 8.00 am. Ingatkan kami lambat, rupanya organizer baru sampai Tapah. Haper daaa.. :p~ (so, gi sarapan & jenjalan jap)

9.00 ++
Lepak dgn group dari KL sementara tggu memember dari Ipoh

10.00 ++
Team Ipoh Mali sampai – gerak ke Balai Polis Slim Village – hantar report. Pastu gerak ke Kampung (haper ntah nama dia) parking keta.

11.15 am

Naik lori ke starting point. Terjumpa group Abg Usop (geng masa PTD Bkt Kutu rituh – derang nk survey port rafting) (sejam duduk dlm lori. Guna laluan 4wd. Lalu kawasan air panas, kebun, lading kelapa sawit, umah org asli, hutan)

12.15 pm
Sampai starting point (tepi sungai). Agih rations

1.30 pm
Gerakkkk
– Kena lintas sungai guna titi kayu balak. Air sungai derasss. Kalau hujan lebat, kompem tak boleh lintas.
– Starting trek kena ikut laluan balak lama. Mencanak jugak lah. Pacat hmmm.. bykkk gilerrr.
– Trip kali nih agak menyengatttt bilamana organizer cam nak ragging kami (trekking taim tengahari buta)
– Almost 70% trek kena ikut laluan balak lama (pewai ikut lereng bukit)
– Starting je aku dgn memember lain kena sengat lebah!

3.00 ++
Trek buluh. Terpaksa rehat jap bila tak dapat cari laluan lama. Goh, Fizi, Yap recce trek. Kata org, ramai yg terkandas bila sampai kat kawasan hutan buluh nih. mana taknya, kan buluh nih cepat tumbuh & cepat patah. Tu yg buat trek / marking hilang.

4.00 ++
Sambung trekking jalan balak. Trek penuh dgn semak & balak tumbang. Menebassss (org depan lah… aku rilek je)

6.00 ++
Sampai kawasan sungai. Refill air. Kata Goh, ada lagi satu last waterpoint sebelum sampai kemsait. Tapi jauh la nak turun. Aku prefer penuhkan air siap-siap. Biarlah berat bawak beg sekarang daripada bersusah payah jalan jejauh cari air karang. Berat sikit beg kali nih 4.5 liter air aku pikul (jumlah standed. Tak boleh lebih.. nanti pewai)

8.00 pm
Sampai last water point. Skem & the geng turun amik air. Sesambil lepak tggu derang, aku pasang ubat nyamuk. Agas tak hingatttttt! Lama gak tggu derang. Rupanya derang tersilap jalan. Maklumlah dah malam. Trek tak clear.

9.00 ++
Sampai Kemsait. Tak jauh dari port LWP. Ada la dalam 10 minit. Kawasan kemsait lapang. Tapi jejaga.. mudah banjir. Nasib baik hujan turun masa kami dh siap pasang fly. Lebat lak tu. sengall je nak mengemas & masak dlm hujan. Ground basah, fly bertakung air etc. nasib baik barang keperluan kering.Menu mlm nih, sambal udang petai, nasi putih, sayur

6.45 am
Bangun pagi. Tukar baju pastu tolong chef-chef kat dapur. Menu sarapan : cekodok, mee goreng & nasik goreng.

10.30 am
Lepas packing, tinggalkan beg kat kemsait pastu gerak ke puncak Lebah.
– Layan trek balak skejap
– Pastu trail hutan yg pacak tak hingatttt.. semput!

11.15 am
Sampai kat kawasan berbatu. Baru lah landai sikit. Besar batu-batu kat sini. Ada satu yg aku tertarik – bentuk cam kapal.

11.30 am
Dah sampai puncak ?? Sib baik bebudak kat beirut tegur. Kalau tak ntah memana la aku terlajak. Pewai punya pasal. take note yerr, kat puncak Lebah nih mmg takder view.

12.30 pm
Fizi hantar skuad terpantas (Daus & Zul) turun dari puncak utk pegi ke kaki gunung – tggu lori yg hantar kami semlm. Kami pun start turun pepelan

1.15 pm
Sampai kat kemsait. Lepak jap pastu amik beg & start turun.

2.00 ++
Sampai kat kawasan sungai. Cik Leey jatuh kat sini. Syian dia. Lepak jap – ngeteh.

4.00 ++
Sampai starting point.
– Ekceli almost hilang trek masa kat kawasan hutan buluh. Sib baik Goh lead.
– Seriyes pewai layan trek tepi lereng nih. sengalllllll sey!
– Lori dah sampai. Tak sempat nak mandi sungai dah kena angkut naik lori.

6.00 ++
Sampai kat umah tuan punya lori. Dia bagi tumpang mandi. Bilik air dia mmg marbeles.. mandi kat situ rasa cam mandi kat negeri mat salleh.. auww. Kat sini, sempat gak la pi jenguk kawasan air panas dia. Tapiiii.. tak dapat nak mandi situ. Boleh membunuh panasnyaa!

8.00 pm
Dinner & bertolak balik KL – the-end.

%d bloggers like this: