>batu caves

June 18, 2007 at 12:53 pm (Uncategorized)

>mlm tadi rasa cam ada kurang sikit. adik lelaki aku yg no. 3 takde. dia gi training utk dua bulan under Khazanah Nasional’s program. harap dia perform kat sana.

now dah tinggal 5 org je dlm umah tu.

sabtu rituh aku gi panjat gua batu cave. tak plan pun sebenarnya. nih sumer gara-gara penat nak tunggu adik aku habis kelas memandu.

kat entrance gua nih ada satu patung besar – kaler gold. world tallest murugan statue (masuk ripley’s believe or not gitu). mender nih baru je siap dibina dan dirasmikan oleh samy vellu tahun lepas. kata Mamoru, ekceli kerajaan negeri was not aware pun tentang pembinaan patung nih. lelebih lagi bila proses pembinaan dilakukan dalam keadaan serba tertutup. kalau orang yg biasa guna laluan area batu caves sure tahu camner cara derang cover mender alah nih. aku pun dulu tertanya-tanya gak hapekemender yg derang buat berselubung bagai. rasanya lama gak arr proses nak siapkannya. dan lepas derang bukak cover keliling mender tu baru sumer melopong tgk patung besar tersergam depan gua batu caves.
memacam isu timbul dari pembinaan patung nih. tapi lantak arr.. itu derang punya hal. blog aku nih bukan blog utk memecahkan perpaduan kaum. personally aku rasa, Islam tu dah cukup kuat. setakat bina berhala / gereja sebesar dunia sekalipun belum tentu boleh menggoyahkan kekuatan Islam itu sendiri. yg buat Islam itu lemah cuma akidah & Iman yg kurang di kalangan umat Islam tu sendiri.
berbalik pada cerita batu caves nih tadi. kat sini ada 3 jenis gua. gua batu caves, gua tokong & gua kelam. gua batu caves yg paling glamer skali. nak masuk gua nih kena panjat 272 anak tangga. orang India panjat tangga nih tak pakai selipar. tataw lah naper. maybe tempat tu suci bagi derang kut. tapi jaga-jaga sikit masa nak panjat tangga nih. ada banyak monyet-monyet liar berkeliaran. menatang nih nampak cam mesra + manja. tapi boleh jadi ganas tau. kebetulan masa aku naik tu ada sorang budak India nih kena cakar dgn bapak monyet nih. berdarah tangan dia. mak budak nih dah kelam kabut angkat anak dia nak letak kat tangga sebelah. cecepat Mamoru sambut budak tu. (tangga nih ada 3 laluan yg dipisahkan dgn tembok separas pinggang). personally, aku rasa monyet kat sini dah dibiasakan dgn makanan yg diberi oleh pengunjung. jadi, menatang nih ingat, asal orang lalu je boleh dapat makanan. dan bila kita tak bagi, menatang tu jadi agresif.
satu lagi, bila sampai kat depan pintu gua, sila pastikan anda bawak payung oke. jangan jadi cam aku. basah lencun. sebenarnya sungguh aku tataw sepanjang jalan dalam tu ada air yg menitik dari bahagian atas gua. bukan setitik dua.. macam hujan jadinya. tak pepasal mengganggu mood nak explore lelebih. ekceli tader apa pun dalam gua tu. penuh dgn patung-patung je. tapi menarik jugak lah kalau nak tengok jenis-jenis patung yg ada. cuma yg tak best tu, bau setanggi / colok kuat sangat. pedih hidung nih.
kami tak dapat explore gua kelam sebab pintu pagar depan gua tu berkunci. gua tokong pulak tak sempat nak pegi sbb by dat time aku dah merengek kat Mamoru suruh cari air kelapa. apa pun, above all aku rasa tempat nih best gak kalau nak dilawat. next taim kalau ada masa maybe aku gi lagi kut. kali nih aku nak make sure aku bawak payung. selain dapat guna dalam gua, boleh gak aku jadikan senjata kalau kena attack dgn monyet nanti.. hehe.
ahad plak, just spent kat umah. habiskan masa baca novel yg DA belikan dari Boston.

info: Kat Louisiana US, ada undang-undang baru. pemakaian seluar londeh (lowcut) sampai menampakkan seluar dalam / bahagian sulit lelaki / perempuan dianggap jenayah dan boleh dipenjara 6 bulan dan didenda USD 500. waaahhhh.. tak sangka kan? rakyat negara US pun tahu erti menyampah dan jijik tengok remaja yg berpakaian tak senonoh tho negara derang sinonim dgn fesyen yg seksi meksi. negara kita yg ramai umat Islam dan terkenal dgn penduduk yg sopan nih camner pulak ek?

orang barat pun nak jadi baik sekarang.. orang kita?

p/s: patut lah semlm adik lelaki aku yg no. 2 asyik call tanya kami sumer kat mana?.. buat apa?.. ok tak?.. rerupanya dia risau tentang serangan bom kat Puduraya. whoa.. apa dah jadi kat Me’sia kita nih? tolonggg… aku tamau hidup serupa penduduk selatan Thai / Pilipin / Indo / Pakistan / Iraq (over tau!)
Advertisements
%d bloggers like this: