>announcement

August 27, 2007 at 11:45 am (Uncategorized)

>

Rasa panjang je wiken kali nih. Serious.

Betul lah cakap orang, shopping nih salah satu dari terapi menghilangkan stress. Berkesan sungguh. Tapi jangan lah shopping berlebihan.. konpem bertambah stress bila poket kembali kosong. Kan?

Jumaat rituh, aku gi mencari barang-barang kraf. Dari KL sampai ke Nilai 3 aku pegi. Nih kali kedua aku gi Nilai 3. First taim dulu masa ada golf tourney kat Mantin. Tapi taim tu aku pegi sekadar melawat kawasan. Ronda-ronda je, tak turun dari keta pun. Kali nih aku pegi lagi & berjaya jejakkan tapak kaki aku yg comei nih kat sana. Tak round abis lah. Masa tak cukup. Pegi dgn matlamat nak cari barang kraf je kan, so pegi kedai kraf je lah. Besar giler besar tempat tu kan? Kagum aku.

Kalau dikira, tak sampai 5 buah kedai kraf yg aku singgah. Kedai kat sana tu besar-besar belaka. Ikutkan pegi satu kedai je dah memadai. Tapi, demi menyahut seruan kerajaan supaya menjadi pengguna yg bijak (cewahh), maka kena lah aku survey harga kat dua tiga kedai lain kan? Memang puas hati lah. Semua barang yg aku nak ada. Harga pun berpatutan.

Kalau ikut style Mamoru~kun, dia lebih suka beli barang-barang kraf yg dah siap berhias. Senang & tayah nak sesusah payah decor-hias bagai. Tapi dah dasar aku nih sukakan cabaran & kelainan, aku prefer decor hantaran aku sendiri.

Err did I wrote ‘hantaran’?.. *wink*.. Yes people, I’m going to engage! Date? Diz coming Merdeka. Ok sebetulnya, tarikh 31 Ogos nih sepatutnya hari Merisik. Mcm yg kami (me & Mamoru~kun) planned, bertunangnya supposed to be hujung tahun. Tapi last minit plan berubah. Nak dijadikan cerita, minggu lepas kan aku balik kampung. Nak bincang dgn family pasal Merisik nih lah. Sekalikkk.. nenek suggested kami bertunang terus. Bapak & Aunt Shi ikut je cakap nenek. Family Mamoru pulak mmg tak ada bantahan. Derang lagi suka kalau dipercepatkan. Yang terkejut + nervous + panik = aku lah kan. Kelam kabut nak menyediakan preparation dalam masa yg tak sampai 2 minggu!

Perasaan aku? Seriously aku nervous (and excited of course). Walaupun sebelum nih aku tahu aku bakal bertunang hujung tahun (kalau ikut plan asal), tapi kan, ‘merancang’ dan ‘merasai’ perkara nih adalah dua perkara/situasi yg berbeza. Separuh dari diri aku sendiri macam tak percaya. Banyak kali aku tanya soalan bodoh kat Mamoru – is diz for real? Nasib baik dia tak bosan jawab soalan tu. Hik.

Honestly, aku tak penah rasa hepi camnih. Rasa dia lain sikit. Tak macam rasa hepi masa konvokesyen dulu atau masa dapat keje yg aku impikan nih. Sejujurnya, bila dah sampai tahap nih, aku rasa relation yg bakal aku bina nih betul-betul secured. Bukan nak memburukkan sesiapa, tapi kan, bila aku compare dengan my previous relationship, I never felt anything like this: secured. Maksud aku, orang sekeliling realize / grant / acknowledge / accept / recognize.. ala susahnya nak pilih ayat.. camner ek nak terangkan.. haaa, dapat pun, orang melayu cakap ‘restu’.. ‘direstui’. Ok kita create ayat tadi balik: Maksud aku, relation yg direstui oleh semua pihak.

Betul, mungkin ada yg cakap, mana-mana relation pun sama je prosesnya –> bertemu, bercinta, dan kekal bersama atau berpisah. Untuk itu, aku berserah pada qada’ & qadar utk menentukan hala tuju hidup aku seterusnya. Buat masa nih, aku sangat bersyukur & berpuas hati.

Ok, sambung cerita tadi: Hampir dua jam gak lah aku menghabiskan masa belek-belek hiasan kat kedai kraf & bunga kat Nilai 3 tu. Yang best, Mamoru langsung tak bersungut cakap penat ke, panas ke or lapar. Instead, dia jadi penolong yg hebat. Siap pilihkan barang, bagi idea, tawarkan harga & tolong angkat barang. Hik! Thought kaum lelaki tak suka buat keje-keje leceh nih. Guess I’m wrong ey?

Kalau ikut aku, biarlah kenduri ni dibuat penuh kesederhanaan. Tak perlu pakai baju ala-ala pengantin mcm kebanyakkan orang buat masa bertunang. Aku rimas dgn baju lip-lap-lip-lap nih (nampak je feminin aku nih tapi dalaman kasar jugak) Bila aku suarakan ketidakpuashatian, ramai pulak yg protes – dari kekawan rapat sampai lah family. Ada ke derang cakap aku tak up to date.. cheitt. Nak suruh aku tempah baju yg vogue-gedevass tak boleh laa kan. Mana ada orang nak terima tempahan dalam masa yg sangatttttt singkat. Haper ingat aku kaya sangat boleh tempah baju kat Jovian Mandagie / Radzuan Radzwill seminggu siap?!! Nak sewa, memang boleh tak ada masalah, tapi berbalik pada pendirian aku tadi, aku tak suka pakai baju berenda yg sarat-marat dgn bling-bling nih. Aku dah tempah baju kurung johor kaler hijau lumut – plain je. Kain pulak jenis songket warna yg sama. Penat ok carik kain tu. Bersusah payah aku mencari tukang jahit yg mampu siapkan dalam masa EMPAT (4) hari! Tapi, pasnih kalau aku upload gambar yg lain dari baju yg aku tempah nih, korang jangan tanya banyak. Maknanya aku dipaksa dalam terpaksa lah tuu.

Sabtu pun sama. Still tak habis dgn shoppingnya. Dari Mid Valley –> Sogo –> Masjid India. Pening nak mencukupkan bilangan hantaran. Sampai ketandusan idea dibuatnya. Camnerpun alhamdullilah, semua cukup. Malamnya pulak, berhempas pulas aku memulas dawai, playar, reben, bunga segala mak nenek bagai nak membuat decoration. Sampai ke subuh jugaklah nak menyiapkannya. Habis melecur jari comel aku kena gam pistol yg panas masa nak lekatkan bunga.. *sob sob*.. Menjadi jugak lah gubahan aku. Nak kata cantik tu pada aku cantik lah, pada orang lain tataw pulak. Tengok je lah nanti.

Ahad, pagi-pagi aku gerak ke Melaka. Dengan Mamoru & dua adik lelaki. Tak manis kata orang kalau balik berdua je. Tu yg aku bawak adik-adik sama. Kat kampung, bincang tentang persiapan dgn family. Bapak siap nak sewa canopy. Humangg ramai sangat ke jemputan? Nih dah lari dari konsep ‘sederhana’ yg aku nak.. camno den nak buek nih?

Kita tunggu dan tengok je lah Jumaat nanti..

Advertisements

2 Comments

  1. saya said,

    >awk..what a news..tahniah, dan semoga bahagia…

  2. aD said,

    >cik saya, time kasih bebyk 🙂

Comments are closed.

%d bloggers like this: