>xpdc kayak sungai selangor

September 10, 2007 at 3:09 pm (Uncategorized)

>

urusetia & jurulatih kayak (sesi taklimat di Unisel few days before xpdc)

peserta xpdc (cari lah pic me, mamoru & my sis dlm ni)

**********************

Korang penah dengar lagu nih tak? Tajuk dia Dengan Bismillah nyanyian Uji Rashid. Fyi, lagu yg berkumandang kat end page blog aku nih lagu dia lah. Meh aku paste lirik dia kat sini. Sempena Ramadhan yang bakal tiba dua tiga hari nih.. kita enjoyyyyy!!
Dengan Bismillah by Uji Rashid

Mulakan dengan Bismillah
Seterusnya niat bertaqwa
Ramadan yang mulia
Akan sempurna

Di malam kemuliaan
Sesungguh telah di turunkan
Malam yang utama
Lailatul Qadar

Turunlah malaikat dan roh
Diizin Tuhan
Mereka membawa segala-gala
Dari setiap peringkat

Sejahteralah malam
Sehingga menjelang fajar suci
Tenteram ku rasa
Di Aidilfitri

Alhamdullilah, program berkayak menyusuri Sungai Selangor berlangsung dengan jayanya. Siap dapat liputan dari TV3 – Masuk tv tau.. buletin 1.30 tengahari Ahad rituh. Glamer dik nonn!

Meh share stori behind the scene.

Jumaat rituh, kul 9.00 mlm kami (aku, Mamoru~kun & Chua) gerak ke Kuala Selangor. Ingatkan sempat lah jumpa peserta kayak & join xtvt untuk malam tu tapi last minit mak saudara Mamoru minta tolong hantar dia ke Hentian Bas Jalan Duta. Dia ada hal nak ke Kedah. Terpaksa patah balik ke KL. Merasa lah jugak tunggu bas dia tak datang sampai ke subuh. Sangappp kauuu. Sudahnya patah balik ke Kuala Selangor. Kami sampai ke Kampung Hang Tuah kul 5.30 pagi. Ngantuk tahap dewata raya dah taim tu.

Sabtu, lepas perasmian xpdc oleh ADUN Daerah Kuala Selangor & Ketua Pengarah JPS, sumer peserta dilepaskan ke Sungai Selangor. Aku & Mamoru~kun tak turun join urusetia yg lain berkayak sebab kayak tak cukup & most important kami tak cukup rehat. Jadi, kami terus bertolak ke chechpoint seterusnya di Kampung Asahan merangkap port kemsait untuk hari kedua untuk tunggu peserta kayak sampai.

Ahad, lepas sesi senaman cum tarian ‘poco-poco’ oleh barisan urusetia, sekali lagi peserta dilepaskan ke sungai untuk menamatkan xpdc kayak sehingga ke Kampung Kuantan. Kali nih, Mamoru kena turun berkayak sebab bilangan urusetia tak cukup. Dia turun kayak single. Mulanya aku tak dapat berkayak sama. Terpaksa mengalah dan bagi laluan kepada peserta lain yg tak dapat turun berkayak hari sebelumnya. Aku tak kisah sangat. Lagipun aku dah cukup puas hati adik pompuan aku (salah seorg peserta dari Unisel) join xpdc nih. Beberapa minit sebelum xpdc dimulakan, Zin (pengerusi kelab) panggil aku. Taim tu aku dalam boat rescue dgn urusetia yg lain. Dia suruh aku turun berkayak dgn Adik Effa. Tak pikir panjang, capai ration, terus turun dalam sungai.

Panas terik semalam. Got my skin tanned. Okey la jugak. Hitam tu kan manis menawan. Hik. Arus sungai agak tenang cuma sesekali berombak dilanda bot-bot rescue. Mcm yang dah dijangka, xpdc tamat lebih cepat. Just tiga jam je menyusur dari Kg Asahan, kami dah tiba di jeti penamat Kampung Kuantan. Syukur jugak lah kami dapat tamatkan xpdc lebih awal, sebab kalau lambat sejam, air di muara sungai start pasang. Arus sungai yg mulanya menghala kelaut akan bertukar menghala kehilir. Maknanya kalau kami masih berkayak, kami terpaksa berkayuh melawan arus. Dan ini akan menambahkan kesukaran peserta.

Lepas makan tengahari & majlis penutup, kami bersurai. Sebelum balik, sempat jugak lah singgah ke rumah nenek Mamoru~kun. Minum petang & makan malam kat sana sebelum gerak balik KL.

Skema btul ayat aku hari nih kan? Penat arr wey. Bahu sengal + pinggang sakit = wut do u expect? Penat la kan.

Think dats abt it. Xpdc penamat sebelum kita mula Berpuasa. Aku puas hati – sangat. In the mean time, enjoy gambar kat atas nunn.

2 Comments

  1. Johnny Ong said,

    >havent tried kayaking in dirty msian rivers….hehebut cld see that its fun to do it

  2. aD said,

    >i admit most of malaysian river are dirty (kalau kotor, i pun tak kuasa nak berkayak dgn segala mala sampah around i).. but one thing u should know, sg selangor quite beautiful actually. the fourth rank in malaysia for its cleanliness.

Comments are closed.

%d bloggers like this: