>marhaban ya Ramadhan

September 11, 2007 at 11:00 am (Surah Pilihan)

>

Berdebar tak?
Sama ada esok atau lusa, kita akan menyambut bulan Ramadhan. Bulan yg dinantikan setiap tahun. Bulan yg mana kita akan berpuasa beramai-ramai.
Dulu aku takut nak berdepan dgn bulan Ramadhan. Sebab dalam bulan nih emosi aku mudah sangat tersentuh. Asyik teringatkan arwah mak & fikirkan mcm mana nak belikan baju raya utk adik-adik. Maklum, adik-bradik aku ramai, dulu zaman aku study baju raya adik-adik selalu tak berganti. Nak harap bapak, berapa sangatlah gaji dia. Nak tampung kami sepuluh beradik lak tu. Tapi alhamdullilah, bila dah bekerja nih, sedikit sebanyak hidup kami bertambah baik.
Bila difikirkan balik, takde reason untuk aku takut berdepan dgn bulan mulia nih. Malah sepatutnya aku bersyukur dgn apa yg aku ada hari nih. Kalau nak dibandingkan dengan mereka yg lebih tidak bernasib baik, apa lah sangat dugaan yg Tuhan bagi kat aku, ye tak?
Sempena hari dan bulan yg penuh dengan kemuliaan ini, marilah kengkawan, kita sama-sama mengerjakan ibadah puasa dgn hati yg lapang, bersih, khusyuk & tawadduk. Semoga ibadah yg kita bakal jalankan ini memperoleh keberkatan & diterima-Nya

Mungkin ramai dah tahu tentang doa / niat berpuasa. Tapi aku just paste je lah untuk kita tatapan kita bersama. Mana yg terlupa tu kita ingatkan. Yang ingat tu kita pasakkan. Mender baik, memang patut disebarkan, tak gitu. (copy dari http://www.muftiselangor.gov.my)

Lafaz niat puasa bulan Ramadhan (lafaz harian):

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa esok hari kerana menunaikan fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala

Lafaz niat untuk sebulan berpuasa di bulan Ramadhan (takut terlupa berniat)

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa untuk sebulan bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala

Doa berbuka puasa

Maksudnya: Ya Tuhanku, kerana-Mu aku berpuasa, dengan-Mu aku beriman, di atas rezeki-Mu aku berbuka dan dengan rahmat-Mu Ya Allah yang Maha Mengasihi”.

Surah al-Qadr (ayat 1-5)

Maksudnya: Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apa dia Lailatul Qadar itu. Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu diturunkan Malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka untuk mengutus segala urusan. Sejahteralah (malam) hingga terbit fajar.

Perkara yg membatalkan puasa

Muntah dengan sengaja

Bersetubuh atau mengeluarkan mani dengan sengaja (pada siang hari)
Datang haid atau nifas
Melahirkan anak
Gila
Mabuk atau pengsan
Murtad
Memasukkkan sesuatu ke dalam rongga terbuka (mulut, hidung, telinga, dubur, alat sulit)

%d bloggers like this: