>paging for periuk pengukus

September 18, 2007 at 12:39 am (Uncategorized)

>

Hari nih 6 Ramadhan 1428 Hijrah

Semlm lepas berbuka, hantar adik aku gi klinik. Terserempak dgn Chua. Dia tengah tunggu turn nak jumpa doktor – demam katanya. Kesian. Baru je dua hari lepas berseronok bergumbira dgn dia kat Kuala Selangor, dah demam?. Aku suruh Mamoru hantar aku balik rumah lepas balik dari klinik. Tanak amik masa Mamoru lelama. Biar dia balik umah – teman Chua.

Masa on the way balik, kami beborak pasal Chua. Kengkonon nak carikan awek untuk dia (matilah kena hempuk dgn Chua kalau dia baca entry aku nih). Fyi, Chua nih hensem, smart, friendly, good listerner & baik orangnya (kemain lagi pujian untuk mamat nih – tapi betul nih, ikhlas). Kalau ada masalah, tipun je lah dia, tiga pat jam pun dia boleh tadah telinga dengar problem kita. Dia nih kaki panjat gunung jugak, tapi taderlah seaktif aku & Mamoru. Keje pun bagus. Cuma tu lah, sampai skrg tader awek. Aku bukan apa, kesian tengok dia hehari berbuka sengsorang. Bukan dia tanak berbuka dgn kekawan tapi dah sumer kengkawan dia ada komitment dgn family / gf / bf, so tak boleh nak buat apa lah kan. Kalau dulu, boleh lah Mamoru temankan dia berbuka or pi memana sesama. Tapi sekarang nih, bila aku dah ‘interfere’ dlm friendship derang, tinggal lah dia sensorang. Yelah, takkan setiapkali nak dating dgn aku kena bawak dia. Manader orang dating bertiga, ye tak?

Ok, tanak cakap pasal orang lain bebanyak, kang ter-mengumpat pulak.

Hari ni aku teringin sangat nak masak creme karamel atau nama melayunya, puding gula hangus untuk dibuat desert taim berbuka nanti. Taaapiiii apakan daya.. umah akak takder pengukus dik nonn. Sedih nih. Mana nak aku carikan tempat pengukus?? Ada jual kat Carefour / Jaya Jusco? Kalau kat kampung tu senang arr. Sebut je nak guna apa. Kalau takder kat umah bapak, cari lah kat umah nenek – konpem ada. Nak harap umah bujang aku kat KL nih.. apalah sangat.. lahaii tertangguhlah hasrat suci murni aku nak buat mender alah nih.

Berat badan aku semakin turun lately nih. Bukan sebab puasa, dari bulan lepas lagi dah start kurang. Tak selesa pulak bila seluar start rasa longgar. Buruk. Even baju saiz XS pun rasa cam besar. Hmm.. bukan ke orang senang hati badan jadi semakin gemuk? Nih aku terbalik pulak. Tak boleh jadi nih, kena gain few kgs lagi.

Untuk itu, aku mesti teruskan hasrat masak creme karamel.. (err.. Mamoru~kun, boleh belikan saya periuk pengukus? Saya nak guna untuk memasak petang nih. Diulang ayat, untuk memasak tau, bukan untuk dibuat hantaran.. hehe)

*wishlist for today – murah je hehe*
%d bloggers like this: