>Cream Caramel

October 22, 2007 at 9:40 am (Resepi)

>

Hik. Biasanya aku post entry tentang resepi taim bulan puasa je.. tapi takper lah kan, takkan bulan puasa je nak belajar memasak ye tak? Ok, resepi hari nih omputeh panggil Creme Caramel atau nama melayunya, Puding Gula Hangus.

Tapi sebelum tu nak tunjukkan periuk kukus idaman aku yg baru. Beli kat Kelantan ni tau (macam lah kat tempat lain dah tader jual kan?). Comel je periuk nih. Besar sikit dari pinggan makan nasi. Saiz 36. Hik, macam saiz kasut pulak bunyinya. Ok, lah tu. Bukan nak masak untuk sekampung makan pun.

Ok, tanpa berlengah mak limah lagi, kita terus berkenalan dgn bahan-bahan untuk membuat creme caramel nih.

First of all, kita masak caramel a.k.a gula hangus dulu. Senang je nak buat. Masukkan dua tiga sudu besar gula pasir dlm kuali & masak sampai cair sampai keemasan warnanya. Tapi harus diingatkan, gula pasir nih cepat cair. Tak sampai 5 minit gitu. Jangan masak terlalu lama dik nonn.. nanti pahit. Mender nih nama je gula hangus.. tapi dlm resepi taderlah pulak suruh dihanguskan gulanya. Lepas gula nih cair, cecepat masukkan dalam mangkuk atau loyang yg dah disapu dgn butter terlebih dahulu (supaya tak melekat). Gula nih akan beku dgn cepat mcm dlm gambar di atas.

Next, kita sediakan 3 biji telur (dua biji pun ok), satu sudu kecik perisa vanila, setengah tin susu pekat, satu tin susu cair & dua keping roti (yg putih je, kulit warna coklat kat tepi tu dibuang oke). Part yg nih part yg paling senang sekali. Tayah sesusah nak mix kan semua tu. Masuk je dalam blender.. pastu tekan butang.. and tadaaaa.. semua bahan tadi sebati..

Kemudian, kita panaskan periuk pengukus. Bubuh air secukupnya kat bahagian bawah periuk nih. Pastu masukkan bahan yg dah diblend ke dalam mangkuk berisi caramel / gula hangus tadi. Tutup periuk dan masak selama 20 ke 30 minit. Oh yer dalam gambar tu akak letak kain sebab tanak wap air menitik di atas puding akak nih. Nak tau puding nih dah masak atau belum, cucuk dgn garfu. Kalau garfu tu bersih (tader adunan yg melekat), maka boleh lah diangkat dan disejukkan sebelum bubuh ke dalam fridge oke.

Nih lah hasilnya.. bila dah diterbalikkan ke dalam pinggan. Selamat mencuba kengkawan semua!
%d bloggers like this: