>Pilih kain

November 5, 2007 at 9:45 am (Uncategorized)

>

Tengah tawar menawar harga dgn tokei kedai kain masa hari sabtu aritu. Aku mintak full face untuk baju dan kain. Mahal jugak ek. Kedekut kemut betul tokei tu tau. Tak boleh diskaun langsung. Tapi yang best tu, disebabkan badan aku kecik, maka tak banyak lace yg diperlukan. Dapat lah kurangkan semeter lace. Menariknya masa nak beli kain nih, aku tak banyak songeh. Even butik tu pun butik first yang aku pegi. Selalunya aku agak cerewet sikit bab nak beli kain nih. Tapi alhamdullilah, masuk je butik tu mata aku terus terpaku kat kain nih. Cantik. Kain baru sampai lak tu. Terus grab. Senang keje. So next, nak pegi tempah pulak. Oh lupa nak habaq, kain nih untuk dipakai masa akad nikah nanti🙂

Nih gambar semlm. Dalam perjalanan balik KL dari Kuala Lipis, Pahang. Teman Mamoru hantar abang ipar dgn anak buah dia ke sana. Tak menyimpang kemana pun lepas tu. Nak kejar open house memember gunung. Straight hantar, straight balik. Rumah abang ipar Mamoru dekat dgn Taman Negara.. pasnih ada can lah nak merengek-rengek ajak Mamoru trekking kat sana.. hehe.

%d bloggers like this: