>Jom pegi mendaki

November 7, 2007 at 9:43 am (Uncategorized)

>

Esok cuti. Aku ingat nak buat daypack ke gunung Nuang mcm aritu. Tapiii.. asyik ke Nuang je boring gak kan. Kalau dikira sampai hari nih, dah 5 kali aku tawan puncak Nuang! Hmm, nak buat camner.. tu je gunung yang paling dekat dgn KL nih.

Semalam, try kenen-kenen Mamoru ajak ke Nuang, as expected, dia suruh cari port lain. Dia suggested kami pegi mendaki Bukit Tabur kat area Taman Melawati (dekat dgn Gombak)

Aku penah naik Bukit Tabur nih dulu. Tapi taim tu mendaki waktu malam lah. Bukit nih takdelah tinggi sangat. Pendakian pun amik masa dalam dua, tiga jam je, cuma bahaya sikitlah sebab kat bukit nih banyak batu & tanah dia agak peroi. Memandangkan tempoh pendakian tu ssangat singkat, bukit nih sesuai untuk mereka yang baru belajar mendaki.

Err.. seingat aku, belum penah lagi aku tulis log pasal Bukit Tabur nih kan? Nanti lah.. kalau jadi mendaki kat tempat nih esok, aku hantar log kat sini.

Nih gambar masa mendaki Bukit Tabur tahun lepas (seminggu sebelum kami pergi trip Trans V2)


*pose gegamai kat starting point Bukit Tabur*

*walaupun tak se-hardcore mana, ada gak yang pewai mlm tu*
*aku dgn aksi ‘konon-macho’.. err.. abaikan gambar mamat tak berbaju kat sebelah tu*

Bagi korang yang tader apa-apa aktiviti nak dibuat sempena cuti Deepavali esok, moh la kita layan mendaki kat Bukit Tabur nih. Sesiapa yang nak join, sila email aku kat adlyana1979@yahoo.com sebelum pukul 5.00 ptg nanti. Boleh kita trekking sesama. Tader bayaran dikenakan.. just suka-suka je. Tapi rations (makanan + minuman) sila bawak sendiri lah nahh (bubuh dlm beg kecik je)

Detail tentang daypack Bukit Tabur esok:

6.45 pagi berkumpul kat Taman Melawati
7.00 pagi start mendaki
9.00 pagi sampai puncak (sarapan + bergambar : fyi, view mmg cuNnn – sila bawak camera)
10.00 pagi start turun & bersurai

p/s: Sila datang dgn pakaian yang sesuai.. jangan lak pakai sari ke baju kurung ke.. kita bukan nak pi beraya ok dik nonn..🙂
%d bloggers like this: