>Tok Nenek again

November 26, 2007 at 10:49 am (Uncategorized)

>

It is confirmed. Aku akan pegi xpdc Gunung Tok Nenek atau nama lainnya Table & Chair. Tak pasti pula kenapa gunung nih dipanggil Tok Nenek, tapi kalau nama Table & Chair tu memang make sense la jugak sebab batu kat puncak gunung nih berbentuk seperti sebuah kerusi & meja kalau dipandang dari jauh.. Aku penah conquered puncak gunung nih masa trip Trans V2 tahun lepas. Memang best. View sgt menarik – boleh nampak 360°!

View dari puncak gunung Tok Nenek.. baru lepas hujan taim nih. See what I mean by 360°? Boleh nampak sekeliling laa! Puncak gunung nih tak besar. Boleh muat dalam 10 orang je dalam satu masa. Tak boleh buat kemsait atas tu – kiri kanan tebing curam maa. Angin pulak, laju semacam, berdiri pun rasa goyang. Gayat akak masa kat puncak Tok Nenek nih tau.

Nih view keseluruhan puncak Tok Nenek. Close up dari puncak gunung Kayong. Nampak tak akak kat dalam gambar tu? Masa nih dgn Arman & Beckham tengah nyanyi lagu patriotik.

Dulu, bukan senang nak jejak kaki kat puncak Tok Nenek nih. Kena naik tiga empat gunung baru sampai gunung nih. Makan masa tiga empat hari jugak lah. Hazabb sangat. Tapi sejak otai-otai gunung berjaya buka trek baru ke sana, maka bertambah mudah lah perjalanan pendaki-pendaki lain (terima kasih kepada teknologi GPS & kepakaran membaca peta topografi – canggih tau orang gunung sekarang. Mendaki guna GPS gituu)

Untuk trip nih, kami akan masuk melalui Pos Brooke. Kat mana tempat nih or macam mana trek kat sini aku tak tau. Tunggu je lah nahh. Balik dari xpdc nanti boleh cerita.

p/s: credit to Bargading for these pics

2 Comments

  1. Anonymous said,

    >along…mana boleh naik gunung…!!!along kan darah manis, nanti pacat suka….

  2. aD said,

    >heheh.. shhh.. jangan kasitau orang.. pacat? takper, tembakau kan ada.. kita tenyeh sama dia..

Comments are closed.

%d bloggers like this: