>14 hari lagi

January 24, 2008 at 9:40 am (Uncategorized)

>

Nih xtvt yg aku buat semlm… Menjahit alas dulang hantaran. First attempt nih tau. Ekceli takde lah susah mana nak membuatnya, malah kos yg aku guna pun jauh lebih murah dari beli yang ready made. Hasilnya pun sangat lah memuaskan.

Bagi mereka yg teringin nak buat sendiri alas hantaran, tapi takde idea nak buat macam mana, meh tengok gambar kat bawah.

Ok, mender basic yg korang perlukan adalah, gunting, jarum & benang (kalau ada mesin jahit lagi bagus).

Memula, sediakan kain yg sesuai (sila refer pada gambar dibawah). Normally orang guna kain organza. Tapi kalau nak lebih vass, cari lah kain organza yg bercorak macam yg aku guna nih hah.. Mana nak cari? Kat kedai kain lah dik nonn.. tak pun kedai bunga. Kain tersebut dipotong berbentuk segi empat tepat (saiz make sure sesuai dgn dulang hantaran yg ada kat umah korang lah kan) Lepas tu, sediakan riben (jgn guna riben plastik ok) yg bercorak untuk dijahit dibahagian tepi kain tadi.

Kat bawah nih hasilnya bila kain tadi dah attached dgn riben. Kemudian, gunakan kain jenis plain (yg sama dgn warna kain organza tadi) dan gunting berbentuk bulatan. Take note, kalau nak lebih ‘grand’, sila guna kain satin. Lepas gunting, korang buat jahit tepi je dah cukup.

Dann hasilnyaaa… tadddaaaaaa… serba putih gitu. Cantik tak? Lagi cantik dari beli yg ready made kat kedai kan? kan?
Senang kan? Selamat mencuba yer kengkawan🙂

2 Comments

  1. ita.itu said,

    >lawanye…pandai ko ek

  2. aD said,

    >mekasehh.. nih pun baru-baru belajar menjahit🙂

Comments are closed.

%d bloggers like this: