>I’m Married!!

February 12, 2008 at 10:32 am (Majlis perkahwinan aku)

>

Kita mulakan entry ni dgn segala puji-pujian ke hadrat Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. semoga hidup kita semua sentiasa dilimpahi rahmat dan dilindungi-Nya.

Tataw mcm mana nak mulakan kata-kata. Memacam rasa ada saat nih. Tak tergambar rasanya dgn hanya menulis kat sini.

Syukur ya Allah. Majlis pernikahan dan persandingan aku & Mamoru berjalan dgn lancar. Dengan hari seterang-terangnya dan cuaca setenang-tenangnya.. syukur alhamdullilah.

Banyak yang nak dicerita, tapi nanti lah.. kita simpan story yg best-best tu untuk entry seterusnya.

Hari nih aku dah start keje. Yer… nak buat mcm mana, encik Mamoru kan baru tiga bulan keje kat tempat baru. Prestasi kena jaga. Oh ye, seminggu sebelum nikah hari tu, dia dapat confirmation letter. Alhamdullilah, gaji dia naik lagi. Rezeki pegantin baru katanya..

Rumah sewa baru dah dapat. Bukan rumah yg aku duk canang sebelum nih. Rumah lain. Semalam pegi tengok, semalam jugak bayar deposit. Semuanya secara kebetulan. Nih pun kena bersyukur jugak. Sebenarnya, tuan rumah baru nih nak sewakan pada orang lain. Tapi, bila kami cakap kami baru je 3 hari nikah & desperate nak cari rumah, terus dia setuju sewakan pada kami. Rezeki kami lagi.

Ikutkan hujung bulan nih kami berpindah. Tapi tuan rumah tu dah bagi kunci. Means, hari nih pun dah boleh start angkut barang. Tapi, nanti dulu lah. Mamoru nak cat rumah tu dulu. Kang dah angkat barang susah pulah nak mengecat. Hm.. nampaknya aku akan bizi lagi untuk seminggu dua nih.

Sebelum aku sambung keje, aku nak ucap terima kasih yg tak terhingga pada semua saudara-mara & kengkawan yg sudi hadir memeriahkan majlis aku pada hari Jumaat & Sabtu aritu. Oh, tak lupa, terima kasih jugak atas hadiah yg diberi.. banyak gila.. hehe.

Ok lah nahh.. bila dah kurang sikit bz aku nih, aku upload gambar kat sini. Buat masa nih, tataplah yg nih dulu..

11 Comments

  1. d'greatest said,

    >aD, congratulations.. happy for u.. sorry can’t make it to ur wedd.. hope u rcvd my sms arituh..last mnt, friday tu majlis pertunangan abang.. so,xdpt gerak jejauh.. semoga bahagia ke akhir hayat..🙂

  2. ns_wahida said,

    >Seblm along bz panjat gunung, apa kata kita pegi mandi laut reramai…balik kg tak minggu nie??

  3. Anonymous said,

    >tahniah puan senget.. moga kekal ke akhir hayat.. maaf yer x dpt pergi.. sama tarikh dgn kawan baik kiter.. apa pun kiter doa awak bahagia k… b a gud wife tau

  4. aD said,

    >yatt, thanks for the wishes. aD punya hp hilang buat kesekian kalinya.. hilang masa majlis rituh. Nih dlm proses nk beli hengpong baru..ida, balikkk… musti balik, nak mengangkut hadiah-hadiah tu semua.. silap-silap kena buat dua trip. kita ajak gegamai gi piknik minggu nih. tp, seblm tu kena gi melawat kawasan hehehe.. jom kita?cik sue, insyaAllah & mekaceh.. takper kita paham.. musim org kawen katakan..

  5. unforgetful said,

    >tahniah yer buat pengantin baru… bertuah kami yg datang lambat sbb dpt dgr pengantin menyanyi… sedih cikit sbb xkesempatan nak bergambar… semoga kekal selamanya… AMIN

  6. aD said,

    >cik june, awak dgr kita nyanyi aritu? ayarkk.. malunyaa. gambar cik june, partner & kawan tu kita adaaaaa.. jgn jeles.. hehe. terima kasih sudi dtg ey🙂

  7. eid said,

    >aD.. congratz.. walaupun tak dapat jemputan perkahwinan.. dapat bc cerita dalam blog kire ok!! tc n selamat menjalani alam rumah tangga… aminnn

  8. aD said,

    >eid, eh awk tak dapat email aD? rasanya aD hantar pada semua contact yg ada dlm list. minta maaf lah kalau aD terlepas pandang. thanks atas wish ek cik eid. awak dh duduk KL kan. takper lah, mana tau kita terserempak kt memana nanti, tegur k.. boleh ngeteh sesama🙂

  9. lagendaj said,

    >tahniah aD…selamat pengantin baru..semoga kekal sehingga akhir hayat … sowie x dpt dtg kena kena huhuhh….

  10. eid said,

    >kenal ke nak ngeteh tu??? hehehe… take care ye!!!

  11. aD said,

    >tak kenal lah kena pi ngeteh.. dah kenal kaluuu, kita pi karoke :)psstt.. dah beremail, bermsj online bagai, habaq tak kenai.. sekali aku seligi budak eid ni kang🙂

Comments are closed.

%d bloggers like this: