>Trip to nowhere katanya

March 27, 2008 at 2:15 pm (Uncategorized)

>

Taim-taim aku nak carik keje lain nih, taim tu lah kompeni aku duk buat trip nak gi sana sini. Bikin aku serba salah je nak berenti.

DOY suggested semua Exco pegi verchottii bulan June nih (tarikh belum finalised). Macam tak percaya je kan? Pergi bercuti tuuu! DOY namakan trip nih, “Trip to Nowhere”.. kelass kauu, trip tataw kemana-mana katanya. Dah tataw nak ke mana, trip apa ke namanya kan?

Rupanya trip naik Starcruise la geng. Waaa.. aku lum penah lagi naik kapal mewah tu. Naik feri penah lah. Terus menggeletis aku jadinya. Boleh bawak spouse sekali – semua in-house katanya.. waahh waahh waahh.. meriahnya!

Nih yg buat aku berbelah bagi nak berenti keje. Selalu macam nih tau. Mencii. Tengok lah camner. Kalau aku dapat keje lain dalam masa terdekat, terpaksa say babai je lah kat Starcruise tu. Lagipun, hujung bulan June nanti aku ada trip mendaki gunung kat Sarawak. Seminggu aku kat sana. Kalau trip Starcruise dgn Sarawak clash, still aku pilih untuk pergi Sarawak. Apa pun kita tunggu jelah.

Iklan: Aku dapat call yg sama dari kompeni yg interview aku thru phone semalam. Derang call tanya bila aku free untuk datang formal interview. Hik. Aku tak bagi tarikh lagi. Sajer biar derang tertunggu-tunggu dulu. Kena lah bebuat jual mahal sikit. Tak lah derang ingat aku desperate sangat.. hehe. Nervous pulak. Besar gak jawatan yg di-offer. Mampu kah aku? Oh.. tak boleh berfikiran negatif. Just be yourself, bak kata Mamoru. InsyaAllah, kalau ada rezeki, ada lah tu nanti. Doakan yer kengkawan.

Sambung cerita: Malam tadi, lepas masak & dinner dgn Mamoru, aku ajak dia keluar carik dvd. Tapi kedai dvd tutuplah pulak. Terus Mamoru drive pegi Downtown, kat area rumah kami (aku yg paksa dia pegi situ sebenarnya.. hehe)

Tak beli apa pun. Melawat kawasan je. Seronok tau jalan kat situ. Punya lah banyak gerai. Memacam barang ada. Murah-murah belaka! On the way nak balik, aku stop kat gerai henna. Sajer try buat ukiran inai kat tangan. Nak mengimbas saat-saat aku jadi pengantin aritu. Lawaaa dek nonn. Aku macam tak percaya abang muka ganaz tu boleh buat ukiran inai yg halus dan cantik! Warna inai yg dia guna tersangatlah merah menyala!

Cuba teka mana tangan aku & mana tangan Mamoru.. hehehe

Kesan inai kat jari dah tinggal setengah. Tapi kat kaki still penuh lagik🙂

Beli jam loceng nih kat Downtown. RM 13 jer. Murah kan. Comell sangat! Yer.. aku tau, kaler pink. Aku kan dah jadi peminat warna pink sejak tema kahwin aku terpaksa ditukar jadi pink aritu. Girly sangat kan? Cam tak kena je dgn orang lasak cam aku.. lantok.

Politik: (cewahh, cam pengulas berita pulak hehe)

Aku sangat bersetuju dgn cadangan MB Selangor yg baru untuk mengenakan Levi ke atas pekerja asing kat Me’sia. Levi yg dikenakan pulak akan disalurkan kepada dana untuk melatih dan membantu meningkatkan kemahiran belia dalam bidang pekerjaan. Tapi kan, ada pihak yang membantah Levi nih. Menindas pekerja katanya. Herllooo? Levi tu untuk pekerja asing lerr. Yang derang sentap apersal? Pelik lah. Sebenarnya orang-orang yg membantak nih nak apa gamaknya? Nak bela nasib rakyar sendiri ke.. atau nak tatang warga luar??

For info, bukannya banyak pun Levi yg dikenakan.. seploh hengget je sebulan untuk setiap pekerja asing. Kalau Levi nih dapat dilaksanakan, jumlah dana yg dapat dikumpul dianggarkan sebanyak RM 10 juta sebulan.. woohoo.. sebulan ok! Silap haribulan golongan belia boleh belajar kemahiran secara percuma!! (Boleh ke Tan Sri Khalid?) Tak pun belajar sambil dapat elaun.. atau paling cikai pun kurangkan lah sikit bayaran yuran dikenakan (hazabb tau nak membayar yuran yg semakin mahal sekarang ni).

Note: Aku bukannya penyokong PKR. Sekadar bersetuju dengan cadangan baik acamnih.

%d bloggers like this: