>Broadband free

April 18, 2008 at 12:11 pm (Uncategorized)

>

Yeyeh.. yeyeh..
Kengkawan, mari gelek gumbira bersama saya.. yah yah.

Encik Mamoru, sila ambil perhatian ya.. hehe.

Aku sangat hepi hari nih. Kenapa? Sebab, proposal (secara lisan) aku telah disambut baik oleh DOY dan sekaligus telah meluluskan (secara lisan juga) untuk aku memiliki modem broadband comel dari Celcom / Maxis.. Senangnya deal dgn boss aku nih. Semua main angguk je.

Pasnih, boleh lah aku surf internet walau dimana saja aku berada. Hatta sambil ‘melabur’ kat dalam memana public toilet sekalipun.. cuma lalu tak lalu je lah nak hidu bau ‘bilik kecik’ tuuu.. kuikuikui.
Jangan jeles ya encik Mamoru. Saya juga bakal memiliki modem usb broadband dalam masa terdekat nih. Lagi canggih dari awak punya. Boleh lah kita lawan siapa punya connection lagi laju.. hehe (sila bayangkan saya menulis dalam keadaan hidung tinggi dan bongkak sekali) hahahaha.
Oh, aku just ada gambar Celcom broadband je. Maxis punya tak jumpa lah.

Eniwei, saiz broadband nih besar sikit je dari pendrive yg selalu kita guna. Laju tau connection dia.. guna HSPDA. Aku pun tataw apa menatang HSPDA nih. Alah, pada aku, janji dapat guna internet dah cukup. Part-part teknikal nih, biar Mamoru uruskan.. hehe.

Maaf lah yer entry aku sungguh tak ilmiah. Kalau korang nak cari detail tentang broadband nih, pegi lah web celcom / maxis. Fyi, harga untuk dapatkan sebiji broadband nih berbeza-beza. Agak mahal jugak lah. Yang aku tau, RM 699 sebiji (dengar ada promosi sekarang nih RM 650). Bayaran bulanan pulak RM 68.

Nih lah rupa mender alah yg bakal aku miliki bermula minggu depan dgn PERCUMA! (kompeni bayar semua) yeyeh… (nanti aku bubuh gambar yg real ek)

Tengok tu.. comel je kan broadband nih. Boleh bubuh dalam poket

2 Comments

  1. Anonymous said,

    >mRflizo : HSDPA lah… bukan HSPDA… kalau opis dah bagik amik ler yang paling laju skali… yang pakej RM99 hamir sepuluh kali ganda lajunyer dari yang pakej rm60 tu… baru la laju gaban…

  2. aD said,

    >tak sama ek b? hehehe

Comments are closed.

%d bloggers like this: