>Gambar gedik saya

April 21, 2008 at 11:00 am (Uncategorized)

>

Morning eberibodi. Di pagi isnin yang agak slow nih, saya ingin menggedik lagi. Kali nih, gedik saya adalah gedik bergambar.. hehe. Sila jangan muntah hijau dulu yer.. hihihi.

Ok, sekarang saya di dalam kereta. Sebelah saya tu adalah encik Mamoru. Hobi saya adalah bergambar tak kira walo di mana pun saya berada. Saya guna kamera henpon sahaja. Saya tak ada camera gempak semenjak satu-satunya kamera kompak nikon yg saya sayang menamatkan riwayat hidupnya di puncak gunung Yong Yap dulu. Nak beli kamera lagi, saya tak mahu sebab kebanyakkan kamera kompak tidak tahan lama. Saya tunggu encik Mamoru belikan kamera yg besar & gempak untuk saya. Yang macam professional photographer guna tu. Supaya saya boleh mengambik gambar saya dengan lebih cantikkk lagik.. hehe. Yerrr.. saya suka kelihatan cantik supaya hati suami saya lekat kat saya sahaja (ayat poyo).. hehehehe.

Ini Mamoru saya. Senyum dia sangat tak ikhlas saat nih. Kenapa? Sebab saya paksa dia bergambar semasa dia sedang memandu. Mamoru kalau marah, dia akan keluarkan suara tegas dan garang macam nih.. “Heepppppp”!!.. sambil tangan dia pelepuk peha saya. Otomatik saya akan duduk diam-diam sambil muncung-muncung dengan harapan dia akan rasa bersalah dan pujuk saya. Tapi takdo ok! Geremm saya. Terus saya menggedik bergambar lagi. Oh, saya memang sangat degil. Saya tak takut kena pelepuk Mamoru sebab bukannya sakit pun.. hehe.

Ini pula muka Mamoru tengah tengok tv. Channel pilihan Mamoru di astro tak sama dgn saya. Baru saya perasan, kami tak ada keserasian dalam menonton tv. Saya suka tengok cerita CSI atau apa-apa cerita drama yg best. Mamoru pulak suka tengok bola & cerita tentang orang ubahsuai kenderaan / bangunan. Kami selalu berebut remote tv. Kebiasaannya, saya akan menang dalam acara perebutan ini sebab saya bijak memainkan emosi.. hehe. Saya sangat nakal tau, bila turn saya tengok tv, Mamoru terpaksa duduk diam-diam layann tengok sekali. Tapi bila turn dia tengok bola, saya akan bising-bising suruh dia masuk tido. Oh, saya sungguh tak suka cerita bola ditayangkan taim tetengah malam. Sangat mengganggu.

Ops, ini gambar sensored. Tapi, tak begitu sensored kut. Tak kena pun kan? Hehehe. Jangan pantau / ban blog saya ok. Saya sebenarnya adalah seorang yang sangat manja. Tapi dgn Mamoru sahajor. Dengan orang lain saya amat tegas (poyo lagi). Bukan apa, semasa bercinta dulu, saya tak berkesempatan nak memanja dengan Mamoru. Maklum sahaja lah, kami tak sempat nak feel alam bercinta terusss terbertunang (adakah ayat macam ini?). Lepas bertunang pun tak sempat nak bercinta-cintaan sebab tempoh perkahwinan kami dipercepatkan. Plan asal kami adalah untuk berkahwin pada bulan Ogos tahun nih. Tapi takpe lah. Walaupun terkejut dan macam tak percaya, saya sangat gembira semuanya terjadi. Sekarang, saya nak balas dendam. Saya nak bercinta dgn bersungguh-sungguh.

Pada semua pasangan yang ada kat luar sana, saya doakan anda semua gembira-gembira selalu. Sayangilah orang yang menyayangi diri kita. Permisi.

2 Comments

  1. angah said,

    >susah-susah ko beli la second decoder… cuma separuh jek dari bayaran bulanan

  2. aD said,

    >akan diketengahkan cadangan ini kepada tuan pengerusi mamoru.. kikikiki

Comments are closed.

%d bloggers like this: