>Gambar dalam cruise

May 6, 2008 at 10:47 am (Uncategorized)

>

Dah berapa hari aku tak sihat (semalam pun MC). Dasyat betul penangan cherry berry kali nih. Dengan ini aku mengishtiharkan bahawa makanan berasaskan kambeng akan di-banned untuk satu jangkamasa yg hanya tekak aku je tahu lamanya.

Korang tau tak, disebabkan cherry berry yg belum pulih sepenuhnya, aku termuntah dgn teruknya kat atas cruise aritu. Maluu ok.. dah macam dalam filem pulak bila aku muntah kat atas dek kapal. Ramai cakap aku mabuk laut. Tapi aku tak rasa camtu. Pasal sebelum nih pun bukan aku tak penah naik speed boat / feri / kayak / sampan .. semua ok je.

Hari nih, alhamdulilah takde cherry berry lagi. Tapi tu lah.. badan letih lemau lembik dua tiga macam.. padahal dah terlebih cukup rest kat umah.

Sementara tu, layan kan je lah gambar kat bawah nih..

Dalam kapal nih ada banyak lift tau. Sembilan tingkat semuanya

Main lobby

Tengah sarapan dgn Mamoru kat foodcourt. Lampu berderet kat dalam cermin tu sebenarnya lampu kat daratan. Taim nih dah nak sampai perairan Malaysia

Pose kat dek. Tengah kontrol ayu sebelum aku lembik termuntah kat situ.. hehehe


Lorong ke cabin penginapan

Masa tengah dinner. Taim nih baru sampai

View Port Klang masa kapal tengah berlayar

Kat atas dek lagi

Salah satu dari 3 kelab yang ada dalam kapal nih. Ada life band taim nih. Tapi derang nyanyi lagu cina je.. tak paham aku

Kat KTV Lounge. Kat sini ramai melayu

Aku & Mamoru ada gak gedik-gedik pi tengok casino dalam kapal nih. Memasing first taim tengok orang berjudi live kan.. macam terpinga-pinga la sikit. Memang ramai betul orang yg berjudi. Memacam jenis yang kita tengok kat tv tu ada kat dalam kapal nih. Meriah. Tak boleh amik gambar kat casino. Probihited katanya.

Banyak lagi gambar yg kami amik. Tapi untuk personal view je lah.
%d bloggers like this: