>Ayuni

May 17, 2008 at 12:30 am (Uncategorized)

>

Adik no.3 & wife dia balik kampung kul 5.00 ptg tadi. Maknyanya start kul 5 tadi Ayuni berada sepenuhnya dibawah jagaan aku.

Layan gambar je lah. Dah tengah malam dah nih.. aku penattt dan ngantukkk sesangattt.


Tengok tu.. dia buat muka nakal. Gambar nih di amik baru jap tadi – kul 11.30 malam. Dari petang Ayuni tadi tanak tido. Bagi susu pun tanak tido jugak.. Asyik nak berkepit dgn aku je sampai aku terpaksa masak sambil dukung si comel nih. Suruh Mamoru dukung bawak pi ruang tamu pun dia tanak.. duk menangis sampai merah-merah muka. Terpaksa lah Mamoru terpacak kat dapur sesama dia tengok aku memasak.


Pelik aku.. suka sangat main kat punggung Mamoru.


Penat aku pangku.. kemain besar mata dia. Tak ngantuk ke Ayuni??


Taim nih da 11.45 malam. Baru nampak mata dia kuyu.. Dekat kul doblas baru terlelap.. Aduss, ngantuknyaa aku. Harap dia lena sampai subuh nanti.

Lets call it a day then.. zZzzz

%d bloggers like this: