>Teman Mamoru keje

May 20, 2008 at 12:50 am (Uncategorized)

>

Semalam, baru laa dapat keluar berjalan dgn Mamoru setelah dua hari menghabiskan cuti melepak kat rumah dgn Ayuni. Tapi.. bukan berjalan makan angin. Pi temankan Mamoru buat keje sebenarnya.

Ekceli, aku yang ngengada nak mengikut. Bukan apa.. geremm ok, bila tetiba Mamoru dapat call suruh buat testing “apakemenderntah” kat SUK Shah Alam. Bila tengok muncung aku dah ala-ala hornbill, terus dia ajak aku ikut sama.

On the way ke tu, Mamoru sanggup pusing dulu pi belikan aku donut Big Apple kat Tesco Cheras, pastu baru gerak ke SUK. Semata-mata nak jaga hati aku tau. Oh, aku nih kengkadang macam budak-budak juga. Kalau aku tengah merajuk, tayah beli hadiah memahal nak memujuk, beli je memender makan yg aku suka (e.g., coklat, donut even laksa pun jadikkk). Gerenti mood ok balik.. senang kan nak jaga aku nih? hehehe.

Masa dalam keta, Mamoru dengan rajinnya meng-explain keje-keje yg dia buat kat SUK – tentang LAN, MAN, WAN – siap cerita detail setiap satu. Aku dengar camtu-camtu je lah. Bukan paham pun. Fikiran aku duk fikir bila lah nak sampai – tak sabar nak makan donut choc-cappucino peberet aku tu.. hehehe (ampunnn b)

Jom layan gambar yg Mamoru amik kat SUK semalam..

Nih gambar bilik mesyuarat dewan undangan negeri selangor. Best pulak dapat tengok bilik nih secara live sambil tengok orang gov buat rehersal nak sambut sultan selangor datang meeting (hari nih ke esok ek? tak ingat laa)

Kuning tu tempat duduk “King” (kata Dania)

Boss Mamoru, Dania (anak boss Mamoru) & Me tengah lepak kat bilik mesyuarat nih. Sepatutnya aku update entry nih semalam, masa kat tempat nih. Tapi bateri laptop ‘kong’ laa pulak.

Dania nih baru empat tahun.. tapi sangat petah & peramahh. Kalau dia nampak kanak-kanak sebaya dia dari jauh, dia akan lambai-lambai sambil cakap “hello, friend!!”.. Siap berdiri nih nak greet kawan baru tu. Wah, kagum aku. Apa ‘resepi’ yg boss Mamoru guna untuk buat kanak-kanak jadi peramah & tak malu nak berkawan nih??

Oh, Mamoru & boss dia bukannya buat keje kat sini. Datang sekadar nak melawat kawasan. Apa pun, aku enjoyy sangat temankan Mamoru. Setidaknya ada mender baru yg aku belajar. Dannn yang paling penting, Mamoru boleh tukar cuti yg dia ‘burn’ semalam dgn mana-mana hari yg dia sukaaa.. yeyeh, boleh cuti lagi!
Advertisements
%d bloggers like this: