>Layan borak

June 3, 2008 at 3:57 pm (Uncategorized)

>

Kepala pening.. aduss.

Tadi lari-lari dari keje sekejap pegi UM cawangan kampus kota (kat belakang bank negara – port aku study nanti) amik signature timbalan dekan. Pastu lari-lari lagik pegi UM kampus induk – pegi pejabat bendahari – settlekan bab yuran. Dapat sorang kawan baru – pompuan India. Dia pun baru nak daftar, tapi bukan amik master. Dia dah sampai PhD. Wahh.. kagum aku nih. Baya-baya aku gak orangnya. Pasnih konpem nama dia ada Dr kat depan kan?

Cuba berangan jap kalau nama aku pun ada Dr kat depan.. hmm??? Dr aD? Wahh.. kan? Pastu berangan pulakk jadi pakar motivasi.. Muahahahah.. Dah.. dahhh stopp dulu berangan nih. Macam tak sesuai je kan. Lagipun cita-cita aku belum sampai ke situ lagi.

Oh, lupa nak cerita pasal cuti aritu.

Yer seperti yang dirancangkan, kami pegi mendaki gunung Nuang. Line up malam tu, ada 9 orang + 5 orang memember Mai Wei yg dah siap tunggu kat pondok renjer.

Kami start trekking dah dekat pukul satu pagi (tengah malam). Sampai Lolo dalam pukul 3 pagi (seriyes slow punya jalan).

Yang tak best tu, kemsait penuh. Tak sangka lak ramai orang naik Nuang taim tu. Terpaksa lah berasak buat setinggan gegamai camtu. Sungguh tak selesa sampai tak larat nak buat BBQ semua. Aku tidor awal sebab ada drama taim sesubuh tu. Tidor dalam pelukan Mamoru.. huhuhuhuhu.

Bangun je pagi tu, aku tengok semua makanan untuk BBQ dah siap dimasak. Banyak gila makanan. Plan untuk hari tu adalahhhh… makan sepanjang hari. Lepas makan, makannn.. lepas pakan, makannn lagikk. Almaklum, memasing dah tanak teruskan pendakian sampai ke puncak.. Lepas makan nasi goreng dgn ikan talapia bakar, aku masak koay teow goreng pulak (Wan cakap, aku masak koay teow kungfu). Pastu makan lagi dgn ayam bakar. Tak cukup dgn tu, tambah pulak dgn snek, jeruk, roti, mangga, maggi pun ada. Fuhh.. pelik aku. Nih trip mendaki gunung ke trip makan-makan??? Mission failed sungguh.

Sedih gak lah. Pasal sebelum nih percubaan aku untuk naik gunung Nuang tak penah gagal. Tapi disebabkan yg pegi kali nih banyak first timer (iaitu adik-adik aku), terpaksa ikut kata majoriti lah kan. Tapi kan.. iskk.. kalau kami teruskan trekking pagi tu, tentu aku dah berjaya khatamkan 7 kali pendakian ke puncak Nuang nih. Boleh dapat Hajah Nuang tuu.. hehehe. Tapi takper.. len kali boleh cuba lagi.

Lepas makan, sesi mandi-manda pulak. Ramai yg pilih untuk tanak mandi pagi nih. Serjurkk katanya. Ekceli bukan setakat sejuk.. dah tahap nak beku rasanya air sungai kat situ. Jenis air tu kalau korang bubuh dalam botol, boleh nampak macam baru keluar peti ais. Selalunya, aku kalau jejak kaki kat Lolo nih, jangan harap lah aku nak terjun sungai kat situ. Sanggup aku tunggu sampai kat pejabat renjer – mandi kat sana. Melainkan kalau trip yg makan masa berhari-hari je baru aku paksa diri nih turun sungai.

Tapi, pagi tu.. setelah dipujuk rayu oleh Mamoru, aku pun setuju je lah. Memula tu, sejuk memang tak boleh blah. Aku main cecah-cecah dgn hujung jari je. Tapi bila dah lelama.. best lah pulak. Lelebih lagi bila tengok Mamoru duk main dgn buih-buih air terjun kat jeram batu. Macam dalam jakuzi pulak. Mamoru siap tarik tangan aku pegi kat tetengah buih-buih tu.. Untuk seketika aku rasa malu pulak.. hehehe. Malu kekalau memember gunung yg lain nampak. Yelah, dulu kami kalau mandi kat dalam hutan, konpem mandi jejauh. Nih dahh kawennnn… wahh.. taderlah sesegan nak pegang-pegang tangan, pinggang or pegang apa sekalipun kan? (opss.. yg nih takdenya kami buat – kiasan je)

Lepas mandi & wangi-wangi, kami start packing barang & gerak balik. Otw trekking turun, terserempak dgn kak Melati & Zam. Suami kak Melati & family dia pun ikut trekking sekali. Tak sangka tau, kak Melati pregnant 2 bulan rupanya.. wah wahh.. pregnant-pregnant pun sakan naik gunung jugak ek? Aku sok, camtu ke?? hehehehe (apa pun, tahniah kak! semoga dapat baby boy plak pasnih)

Lebat pulakk hujan kat opis nih ek. Buat perut aku lapar je.. Taim lapar camnih, jom layan gambar kat bawah..

Asam pedas ikan pari dgn daun kesum. Bukan Melaka lah namanya kalau tak reti masak asam pedas. Nih lauk malam tadi. Tak sempat nak amik gambor step by step masak lauk nih. Next time lah aku buat.

Nih pulak, sipu masak blackpepper. Pun takde gambar cecara nak membuat. Len kali kalau aku masak siput nih, aku amik gambar ok.

Kangkung goreng belacan.. Yang nih tayah letak resepi pun taper kan.. suma orang tau..

p/s: Hmm.. balik nih nak masak apa pulak ek?? Pikir lah sendiri.. nabil.

3 Comments

  1. Anonymous said,

    >cik senget… awak nnt blajar dkt office kiter.. office kiter sharing2 tmpt dgn tmpt awak blajar tu.. nnt leh la lepak2 ek.. kasi calling2 la kita.. leh pekena teh tarik kat mamak cafe… gud luck dgn study k… bilala kita ni nk smbg blajo.. nama je keje U… uuuwwaaaa

  2. aD said,

    >cik sue, insyaAllah.. aD nanti melepak kat block C je lah jawabnya. senin-jumaat (6 ptg-9mlm). Kut cik sue pree nanti, boleh lah jumpa. aD nih, jalan kat sana pun tak hapal.. apatah lg nak cari port minum-minum.. hehehe

  3. Anonymous said,

    >cik ad, block C tu dpn block kita.. kiter keje dgn U yg 1 lgi bukan UM.. if awak masuk kat pintu pagar tu ada tulis.. so kitaorgnyer building block B.. kat sini mmg x der tmpt lepak2 minum2 tau.. susah sket sini bab2 makan n transportation.. kiter hbs keje kul 530.. if awak smp awal, leh la calling2 jumpa kasi kiss2 pipi kiri kanan k.. (still ada num cik sue ke dh x der or x pernah ader??))

Comments are closed.

%d bloggers like this: