>Joging kat Tasik Permaisuri

June 9, 2008 at 10:06 am (Uncategorized)

>

Akhirnya.. dapat gak spend masa untuk excersice semalam. Kami pegi jogging kat Taman Tasik Permaisuri. Lawaa tempat nih. Lagi lawa dari Tasik Titiwangsa (bagi aku laa).

Aku jogging bertiga dgn Mamoru & adik lelaki no.7. Seronok, walaupun aku semputt separuh jalan.. huhuhu. Tak larat ok. Kalau diberi pilihan bersenam antara jogging & mendaki gunung; aku prefer untuk mendaki gunung jer.
Fakta oleh Prof aD (muahahaha.. perasannn):

Jogging buat aku keluarkan semua tenaga aku untuk berlari. Sampai satu tahap.. aku boleh pancit dalam masa yg amat singkat (20 minit la paling lama pun aku boleh lari non-stop)

Tapi kalau naik gunung, kena mendaki pelan-pelan. Dan walau aku punya style jalan dah terbongkok-bongkok sekalipun, aku masih boleh berjalan non-stop dalam masa sehari!

Dekat nak pukul 7.00 malam baru kami abis jogging & gerak balik. Sempat pusing tasik dua kali jer. Pastu aku dah start memain.. huhuhu

Haa nih laa yg aku nak tunjuk sebenarnya.. hehehe. Makanan peberet adik-adik aku bila pegi jogging kat tasik permaisuri nih – sengkuang dgn topping kuah rojak & kacang. Sedaapppp ok! Adik-adik aku nih ngikut selera arwah mak aku la nih. Suka sangat makan sengkuang. Aku tader lah minat gegila sangat. Tapi sesekali layannn memang syok gak arr. Sejuk rasa tekak. Ohh, kat tasik nih, orang jual sengkuang kat belakang bonet keta jer. Senang nak lari kalau dbkl buat operasi.. Pemilik tangan yg tunjuk tanda ‘best’ itu adalah incik Mamoru. Aku tak faham kenapa dia tunjuk best.. pada hal, dia tak minat langsung makan sengkuang nih.. (hihihihi ampun b..)


Besar kan sengkuang tu.. Lagi besar dari muka aku.

%d bloggers like this: