>Godong in memory

June 23, 2008 at 7:00 am (Uncategorized)

>

NOTE: Entry yg korang baca sekarang nih, aku dah tulis lebih awal dan dah set kan masa untuk auto-publish (thanks to kecanggihan blogspot). By time korang baca nih, aku berada kat hutan Mulu National Park, Sarawak – Tengah mendaki Gunung Mulu & Gunung Api dengan Mamoru & 3 orang rakan xpdc yg lain. Doakan kejayaan & keselamatan misi kami dalam menakluk dua gunung nih ya, kengkawan.
*************************************
Baru-baru nih aku dapat call dari sorang member lama – Pokyie – Ingat lagi tak nama tu? Dia antara orang terawal yg aku kenal masa memula join xtvt mendaki gunung.
Last aku pegi trip sesama dgn dia masa mendaki gunung Ulu Jerneh kat Perak. Pastu takde dah. Lebih setahun gak lah kami lost contact.
Berborak dgn pokyie buat aku ingat balik semua cerita-cerita Godong dulu. Boleh tergelak sengsorang dibuatnya. Dulu, taim aku single-mingle, duduk menyewa umah sengsorang, Godong lah jadi penglipur-lara. Asal malam je melepak kat Majeed sampai pukul dua-tiga pagi – bincang nak pegi gunung yg mana. Boleh dikatakan hampir setiap hujung minggu, aku habiskan masa dalam hutan. Pernah dalam setahun tu, aku mendaki lebih 22 gunung! Tuuu, tak termasuk gunung yg sama aku repeat berkali-kali ok. Fuhh.. gila gunung betul taim tu.
Dalam bebanyak member gunung yg aku kenal, team Godong nih yg paling aku suka (+ menyampah + geram.. hehehe). Banyak cerita yg.. ntah lah.. ntahapehape. Tapi tak kira macam mana aku suka (+ menyampah + geram) pun, aku tetap menghargai nilai persahabatan aku dengan derang nih. Ada sentimental value kat situ.
Yelah.. aku kenal Godong dalam keadaan emosi aku kurang stabil (kes putus chenta dolu). Dari Godong, aku mula kenal & jatuh cinta kat hutan & gunung.. belajar kenal diri sendiri.. kuatkan semangat.. kawal emosi.. Dan dari Godong jugak lah aku kenal Mamoru.. pelengkap pada semua kekurangan yg ada dalam diri aku (fuhh puitis gak aku nih ek).. heheheh..

Team Godong yg byk mengubah persepsi aku terhadap kehidupan (cewahhh ayatt). Dari kiri; mansur, atan, kak mai, ayu, boy, ijai.. duduk pulak; sham castello, aku, cicah, mail & pokyie (puncak gunung yong belar)

Pokyie ada ajak pegi mendaki gunung bulan lapan nanti. Tengok lah macam mana. Kalau Mamoru free, boleh lah. Kalau tak, takdo lah. Aku sekarang nih, kalau nak pegi memana (esp mendaki gunung), biarlah Mamoru ikut sekali. Tak sedap hati kalau dia takde.

Fikir pasal Godong buat hati aku menlonjak-lonjak nak aktif gegila masuk hutan.. tapi bila fikirkan komitmen masa depan.. hmm.. slow-slow la aD.. tak lari gunung di kejar (huhuhuhu takut aku yg tak terkejar gunung tu bila dah tua nanti)
%d bloggers like this: