>Pantai Remis Kuala S’gor

July 11, 2008 at 10:20 am (Uncategorized)

>

Nih antara reason aku suka sangat balik kampung Mamoru kat Kuala Selangor. Boleh makan memacam jenis makanan laut!!! Biasanya kalau beli memender nih, aku prefer buat BBQ je.. sedapppp sekali!!!!

Kalau korang ‘hantu’ makanan berkerang macam aku (hehehe), korang memang patut pegi tempat nih tau. Memacam jenis ada kat sini.. sampai kengkadang tu, garu kepala aku tengok bentuk menatang tu semua. Tapi lantak ler.. hantamm. Janji boleh dimakan.

Jom layann apa yg dah ‘selamat’ aku bakar & abadikan dalam perut aku masa kat sana masa wiken aritu..

Nih nama dia mentarang. Ada memacam saiz. Cengkerang dia agak rapuh & mudah pecah. Kata nenek Mamoru, kalau mender nih sedap kalau digoreng bersambal. Aku bantai buat BBQ je. Sedap gak. Lembut isi dia.


Nih pulak, Lokan. Besarr kan? Kalau dibakar, cengkerang dia cepat je terbuka. Isi dia lembut & berair.. sedap ok!

Nih belangkas namanya. Masa aku pegi wiken lepas, menatang nih banyak dijual kat Pantai Remis. Aku nak beli tapi Mamoru tak bagi. Kata Mamoru dia agak was-was nak makan mender nih sebab menatang nih hidup dua alam. Eh korang ada baca satu artikel tak tentang belangkas? Aku tak ingat artikel mana tapi dia tulis darah belangkas nih berguna dalam bidang perubatan. Boleh buat aperntah (tak ingat lah pulakkk). Tapi yg aku tau darah menatang nih sangat berharga tau.

Haa, yang nih Kijing. Kecik je saiznya tapi memanjang bentuk dia. Sedap kalau direbus atau digoreng sambal.

Yang nih sure korang kenal kan? Kalau tak kenal tu tataw lah aku. Jangan tataw kat Pantai Remis nih ada banyakkk tiram. Satu tiram nih seringgit je. Aku tataw camner nak masak tiram. Yang aku tau.. bakarr je. Oh, tiram nih, kalau kita bakar camner pun cengkerang dia takkan terbuka. Pepandai korang lah nak umpil. Rasa dia bila dah dibakar agak kenyal tapi besttt!

Nih pulak, biasalahh.. Kepah. Ada dijual dimana-mana pun. Salah satu dari peberet aku. Dari doluu lagi aku suka makan kepah bakar. Rasa dia, sedap gila. Kalau bagi aku hadap 2 kilo mender alah nih, selamberrr je aku habiskan.. hehehehe

Yang nih pun peberet aku jugak – Remis. Ada orang panggil Lala. Boleh direbus atau digoreng dgn cili mesin & pecahkan telur & gaul rata.. rasa dia fuhhh.. boleh ralit tau makan remis sambil layan tengok tv.

Kerang.. Kat sini memang berlambak. Tetiap petang aku tengok ramai orang duk cari kerang kat area pantai nih. Kalau bakar cicah air asam (paling simple cicah sos).. fuhhh berpeluh..

Nih salah satu spesis kepah gak. Orang kat sini panggil mender nih “Anak Dara”..hehehe. Rasa dia? Aku lum sempat try lagi.. Aritu memborong banyak sangat. Tak larat ok nak membeli setiap satu jenis mender alah yg derang jual kat sana

Siput sedut.. sedap buat masak lemak cili api / goreng blackpaper.. Mamoru cerita kat aku, dulu masa kekecik, dia selalu ikut sedara dia cari siput nih. Teringin nak ajak dia pi carik sama.. hehe

Ekceli ada banyakkkkkk lagi jenis siput / kerang / kepah kat Pantai Remis tu. Selain siput, udang & sotong pun ada dijual. Nanti ada masa, aku amik gambar lagi & upload kat sini.

Take note yer, tak ada pasar ikan kat pantai nih. yang ada cuma gerai-gerai kecik yg jual hasil carian kerang/kepah penduduk kat sini. Kalau nak singgah makan, kat sini ada satu medan selera. Kalau nak cari kedai makan yg sedap, cuba try kedai makan Pakcik Jaafar (bebtul tepi pantai). Nasi goreng dia ada udang besar-besar.. sedapppp sgt!

Kut-kut kalau korang teringin nak pi sana, koling-koling lah aku ek. Boleh kita buat BBQ makanan laut pastu malamnya kita naik sampan pi tengok kelip-kelip kat Kuala Selangor, tak pun pi Bukit Melawati ke.. sangat seronok ok jenjalan kat sana! Betul tak Mamoru?

10 Comments

  1. Anonymous said,

    >wahhhhhhhhhhhhh cik senget!!! geramnyer tgk!! cik sue suka bebeno semua2 benda yg cik senget tunjuk tu!! leh jadi gila! tak tahan bila baca tiram kat situ 1 sehengget!!! nak gi la sana!!!

  2. Anonymous said,

    >salam cik ad…cam best jer tmp ni..buleh sy nak jln2 carik mkn..tp cam ner nak p tmp ni..kuala selangor ni ikut jln mane yer..setau sy kg husband sy pong kat pantai remis tp kat perak ler…:)

  3. aD said,

    >cik sue, betulll singgit satu. kira berbaloi jugak lah. yg lelain pun harga murah-murah jugak. waktu yg sesuai pi sana, taim wiken (tengahari), pepetang sangat kang takut abis orang beli :)cik anoy, ekceli ada sesetengah orang panggil pantai tu pantai Jeram. ad pun tak begitu pasti camne nak bagi direction. Selalu kalau blk sana, incik Mamoru yg drive. nanti ad tanya dia. tak pun, pasnih bila balik kampung, ad try amik gambar & bg info cara ke sana ek?

  4. Anonymous said,

    >Salam Pn Ad….TQ for the info….n baguszz gak idea amik gamba tu, sy suke…lg senang nak ingat…

  5. aD said,

    >ws, sharing is caring gitu.. merah muka ai orang panggil puan tau.. hehe..

  6. CRAZY BEAUTIFUL88 said,

    >salam perkenalan, ofis saya ader buat daki mount kinabalu bulan 8 ni, tapi saya x ikut, stamina x ckuplah dah tua ni

  7. PHATABULOUS! said,

    >hello ad… apsal tak roger sy??sy kan kije sini-kuala selangor, kalau tak mesti dh boleh jumpa… suka makan tempat ikan bakar yer?? dah try kat jeram?? chinese seafood makan tak?? pasir penambang is the best.. lenkali kalau turun sini, roger ok??

  8. aD said,

    >crazy beauty, *salam-salam*. best tau cik, mendaki kinabalu. gunung tu tak sesusah gunung lain, cuma cuaca je yg sejuk-terlebih. awak konpem boleh punyaa!syima, tu lah.. kita dah try cari awak kat sana. tapi alamatnya tak jumpa.. dah tanya orang sana.. derang tataw alamat “http://syima.. ” kat mana?.. hehehehhehehe

  9. angah said,

    >awat tak singgah umah… sebatuk jek perjalanan dari pantai remis tuh

  10. aD said,

    >haa.. salahkan Fazi (hehe). Dia tak habaq pung. Kalau tau ritu, haru dah berbbq di tepian pantai kita.. kan? kan?

Comments are closed.

%d bloggers like this: