>Away lagik

July 18, 2008 at 9:15 am (Uncategorized)

>

Semalam genap dua minggu aku masuk kelas. Aku masih dalam mood untuk cuba adapt persekitaran nih. Tapi dah ok sikit lah. Takde macam ‘alien’ sangat masa first week ritu. InsyaAllah aku boleh ‘cope’ dgn 3 subjek yg aku amik sem nih.

Dah lama tak belajar, bila dapat masuk kelas balik, rasa cam terkejut beruk ok. Situasi pembelajaran masa aku amik degree dulu jauhhh berbeza dgn master. Terlalu banyak berbeza. Contohnya masa degree dulu, untuk core subjek, biasanya kelas yg digunakan besar gedabak – student punyalah ramai sampai cecah ratusan orang. Subjek elektif pulak, antara 50 ke seratus orang. Untuk kelas master, core subjek tak sampai 25 orang. Elektif pulak, kurang 10 orang dalam kelas!

Dulu, kalau kita masuk kelas menonong je. Dengar lecture pung-pang pung-pang, abis kelas pun sama menonong je balik. Sekarang, masuk kelas, semua orang eager nak kenal sesama lain. Exchange name card segala.. memang lain lah. Rasa seronok pulak. Style lecture pulak lebih santai & relax. Assigment ada.. lebih kurang macam dulu. Mostly kena buat dalam group. Ada jugak yg individual (untuk kelas yg tak sampai 10 orang). 5 orang dalam kelas pun ada ok! Paling menarik tentang MBA nih, kita boleh kenal ramai orang dari background yg berbeza!

Ikutkan banyak lagi lah mender yg berbezanya, tak dann nak list semua. Melambak lagi mender nak kena prepare sebelum aku away nih. Baju pun belum berpacking lagi.. huhuhu.. banyaknya keje.

Tungguu nahh.. kita bersiaran dari luar KL pasnih..

Kat salah satu discussion room sementara nak tunggu kelas start


Kat setiap bilik nih ada coffee maker khas untuk student. Cappucino for me & Milo for Mamoru.

p/s: Apek called semalam.. semata nak wish birthday (tenkiu geng!). Katanya, dia terpaksa outstation selama 2 tahun kat Kluang, Johor beginning 1 August nih. Gila lama kan? Takpe lah Pek, kalau ko sunyi kat sana nanti, koling-koling lah kami kat sini, boleh kita pi manjat gunung kat area Johor nunn. Ohh, sijil Mulu nih bila ko nak amik? aD takdo dalam KL untuk 2 minggu akan datang. Camno nih? Pos-pos karang, tak merasa cam majlis penyampaian anugerah laaa pulak.

p/p/s: Untuk kengkawan yg turut wish birthday aku thru sms / multiply / pm kat GO / fs / email / blog.. tima kasih nahh.. sayyyaaanggg koranggg!
%d bloggers like this: