>Banyakknyaa tiket!!

July 24, 2008 at 1:48 pm (Uncategorized)

>

Tetiap tahun, konpem aku dapat tiket ke Genting Theme Park (both outdoor & indoor games). FOC ok. Salah satu cara nak ampu aku la tu.. nak suruh stick kat hotel depa untuk program-program akan datang..

Tak kisah lah, yang penting, aku dapat 20 tiket free untuk All Park (termasuk tiket skyway – oh, ekceli tiket skyway tu akan diberi secara percuma kepada mereka yg menginap di hotel nih. Cuma dalam kes aku.. lain sikit lah. Melampauuu banyaknyaa derang kasi tiket nih. Sampai 40++ keping. Gila apa nak suruh aku turun naik genting bebanyak kali?

Seperti tahun-tahun lalu, aku akan bawak semua kaum kerabat aku naik Genting (maybe nextweek). Kira annual family trip la nih. Adik beradik aku ramai beb, campur adik-adik tiri lagi.. fuhh, jap aku nak kira nak kena book berapa bilik kat ‘sini’ nanti?

Trip ke Genting nih adalah trip yg paling menjimatkan belanja aku. Paling koman pun, just kena keluar duit sikit untuk extra room je. Lelain semua ditanggung beres.. hehehe

Kalau tak disebabkan business relationship dgn orang kat ‘sini’ jangan harap ok. Genting nih port menghabiskan duit je. Aku kira-kira tadi, kos untuk 20 tiket (All Park) je dah RM 1020.00 untuk weekday. Kalau weekend, RM 1160. Tuu belum masuk bayaran untuk skyway (RM 10 return per pax), transportation lain, accomodation, meals lagi.. fuh fuh fuh.. banyakk kos tu. Koman-koman untuk trip paling dekat camnih pun boleh cecah lebih RM 2 ribu ringgit (maklum, family aku ramaiii).

InsyaAllah minggu depan kalau korang panjat genting highland nih, dan terserempak dgn kerabat aku yg berderet macam ketapi nih.. tegur-tegur lah nahh🙂

2 Comments

  1. angah said,

    >tak nak derma kat kita 4 keping ke muahahahaha

  2. aD said,

    >alamak angah.. hehehe takdok lebih.. campur adik-badik ngan ipar-duai dah ngam-ngam.. Next taim kena mintak 50 tiket nih hehehehe

Comments are closed.

%d bloggers like this: