>Breakfast

July 24, 2008 at 9:47 am (Uncategorized)

>

Baru lepas breakfast. Aku amik mee haperkemender ntah + sosej + hash brown + cempedak goreng + ubi kayu rebus cicah sambal bilis. Sekali harungg je makan – senang. Koser aku nak berulang alik amik makanan.

Makan sengsorang je. Sambil layan blues menghadap view gunung-ganang. Nih port peberet aku setiap kali outstation ke sini. Selalunya, jarang aku turun breakfast. Yelah asyik terkejar-kejar buat keje sampai tak sedar dah tengahari. Lagipun kat sini bab makan takde hal sangat. Kalau terlepas breakfast, boleh makan taim coffee break / lunch / tea break / dinner / supper. Makanan memang banyakkk.. cuma.. aku je yg tak berkenan sangat makan kat sini. Camner nak cakap ek.. tasteless (ikut tekak aku lah)

Hmm.. seriyes aku tak paham, hotel 5 bintang.. makanan? Aku nak kasi dua bintang pun payahh. Masakkk laa aku kena duduk sini lelama.. huhuhu (oh, tapi, chinese food dia boleh tahan jugak lah)

Malam tadi dah dua hari berturut aku makan kat kedai nasi lemak namposen kat City Garden Kg Baru.. best betul dapat makan kat situ.. esp burung puyuh goreng.. aduss sedapnyaa.. Petang nih last aku berulang ke KL attend kelas, harap dapat singgah makan puyuh lagi.. aummm.

%d bloggers like this: