>McGraw Hill books

July 25, 2008 at 3:01 pm (Uncategorized)

>

Tadi ada pameran buku kat lobby. Memang setiap kali kompeni aku datang sini, orang-orang dari McGraw Hills (S’pore) akan datang bukak booth. Dulu, aku malas nak amik port buku-buku yg derang jual. Tapi sekarang, memang sesuai sangatttt dgn masanya. Boleh aku cari buku-buku yg sesuai untuk subjek yg aku amik.

Bagi yg berminat nak beli, mai lah hotel yg aku duduk nih (email aku kalau nak tau kat mana). Susah ok nak dapatkan buku yg derang jual tu!.Kat Malaysia nih just ada dua tempat je yg jual buku-buku dari HBS. Kat Airport (suang ke KLIA?? tak ingat lah) dgn kat Times Bookstore Pavillion (Itu pun, limited sangat bukunya & tak semuanya ada). Sebijik buku je ratusan harganya. Beli direct camnih ada diskaun 20%. Banyakkk jimattnya tuu

Ramai gak yg beli.. Aku? Err.. tunggu minggu depan. Gaji lum masuk lagi.. hehehe
%d bloggers like this: