>Dating di puncak Genting

July 28, 2008 at 12:13 pm (Uncategorized)

>

Kalau sabtu kami dating secara berjemaah, Ahad pulak aku repeat berdua-an je dgn Mamoru. Sajer berjalan. Bukan jauh pun.. Lagipun kat atas tu tengah asa sales ok.. hehehe

Haa.. nih keta kabel ( yg terawal wujud kat Genting. Fyi, keta kabel yg bulat-bulat tu (gondola), dihentikan selama dua minggu untuk maintenance. Jd, derang bukak semula perkhidmatan keta kabel lama nih. Risau jugak mulanya nak naik keta kabel lama nih. Sebabnya, keta kabel nih just operates waktu tengah malam taim hujung minggu je. Hari lain memang tak bergerak langsung. Takut lah jugak kekalau berkarat ke haper. Tapi alhamdulillah, ok jerr. Keta kabel bih besar tau. Macam minibus. Boleh muat hampir 40 orang sekali naik.. try lah.. best!

Comel kan wanita skyway dalam gambar nih..

Me & Mamoru dalam skyway..

Ok lah nak sambung keje.. (plus study untuk test esok.. uhuhuhuhu)

4 Comments

  1. debu-papa said,

    >salam aD, I tgh plan nak buat jungle treking utk budak2 kat department tempat keje nih.. boleh bg cadangan tak? kalu boleh yg dekat dgn area Klang valley dan tak perlu bercamping.. one day event jer.. pastu taknak daki gunung tinggi2, bukit jer dah memadai sbb ada peserta yg kurang pengalaman. Thanks ya..

  2. aD said,

    >ws, maaf lambat reply. baru hari nih dapat online. baru abis keje..kalau awk nak buat jungle trekking kat area klang valley, aD suggest, Bukit Tabur (Gombak). Sesuai untuk beginner. Kena mendaki sikit (2-3jam). View cantik kat atas tu. Sesuai utk daypack. Kalau nak jungle trekking & merasa mandi sungai sekali (2 in 1 gitu), boleh pegi area kuala kubu baru / bukit fraser. Mendaki bukit Kutu / gunung Ulu Semangkuk. Sangatttt sesuai utk beginner (2-4 jam). Nak buat daypack kat sini pun ok. Nak camping pun boleh.. ada air terjun lagi. Estimated time dari KL ke tempat tu dalam sejam.Kalau nak yg dekat-dekat, kat Ulu Langat pun ada.. area gunung Nuang. Untuk beginner, aD galakkan trekking daypack sampai ke kawasan kemsait Lolo. Tak perlu mendaki sampai ke puncak (sebab agak tough sikit trek dia). Kat situ ada sungai, boleh rilek & mandi manda lepas penat trekking. Kalau tataw jalan & perlukan guide ke sana, inform je kat sini kšŸ™‚

  3. debu-papa said,

    >rasanya 2-in-1 tuh menarik, gunung Nuang ataupon bukit Kutu.. mmg nak buat daypack jer.. dah penat2 kayuh pastu mandi sungai.. mmg masyukk.. okeh thanks for suggesting.. nak surfing & buat research sket.. kalu saya musykil nanti sy post kat sini.. thanks!

  4. aD said,

    >most wc. kalau bab-bab gunung nih takde hal punya. sukaa lagi ada :)gud luck!

Comments are closed.

%d bloggers like this: