>Sakan di Genting

August 5, 2008 at 11:49 am (Uncategorized)

>

Nih gambar hari Ahad ritu. Aku check-out awal pagi dari Awana semata nak spend masa dgn adik-adik aku kat Genting Theme-Park. Layan kan lah gambar kami kat sana.. sakann..

Gambar tak teratur.. biar lah. Kuasa aku nak susun ikut turutan.

Hampir semua games kat atas tu kami main. Cuma part air je aku tak sentuh. Tak tergamak nak membasahkan diri dalam keadaan sejuk taim tu. Cuaca hari ahad tu alhamdullilah.. tak hujan. Tapi sejuk kemain lagik.

Nih gambar separuh je dari adik-adik aku (termasuk adik-adik tiri). Adik no. 2 & wife, adik no 6 & gf dah naik masa hari sabtu sebab derang nak pegi ke Sabah pagi Ahad tu.

Untung naik hari Ahad. Tak ramai orang.. takde lah kena Q pepanjang kalau nak main games. Dengar citer dari adik-adik yg naik puncak genting hari Sabtu, banyak jalan kena tutup sebab ada MTV Awards..

Lepas mainm makannnnn.. lepas makan mainnnnnn…

Nih gambar kat coffehouse Awana.. sebelum naik ke puncak Genting.. kan aku dah cakap, gambar lintang pukang..

Sepanjang aku naik Genting, hari Ahad tu lah aku berpeluang cuba semua games yang ada kat atas tu. Maklum, selama nih memember yang mengikut aku kat atas tu penakut belaka.. Nasib baik adik aku berani semuanya..

Pasnih, nak plan bercuti kemana lak yer??

p/s: untuk Wan (bf adik aku) sory ek – aku tau dia terasa sebab aku lepaskan marah kat adik no 6.. sampai sedih adik pompuan aku tu jadinya.. Kepala tengah kusut dgn keje taim tu.. .

%d bloggers like this: