>Selamat berpuasa!

August 31, 2008 at 11:26 pm (Uncategorized)

>

Assalamualaikum kengkawan semua,

Tengok tak pengumuman puasa malam tadi. Alhamdulilah, 1 Ramadhan 1429 Hijrah jatuh pada esok hari. Nih kalau nak dikira ikut timing dalam kalendar Islam, petang Ahad nih dah dikira sebagai 1 Ramadhan – maknanya, ibadah Tarawikh untuk malam pertama Ramadhan bermula malam ini.

Bagus jugak tarikh mula puasa jatuh pada 1September kan? Senang sikit nak kita nak ingat berapa hari kita dah berpuasa nanti. 1 Sept = 1 Ramadhan.. so, kalau orang tanya dah berapa hari puasa, takyah lah bersusah payah mengingat kalendar hijrah.

Ok, sempena hari & bulan yg penuh dengan kemuliaan nih, saya & suami nak mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan & selamat berpuasa kepada mereka yang beragama Islam, terutamanya untuk kengkawan yg membaca blog saya nih. Semoga Ramadhan kengkawan semua diberkati-Nya. Ceria-ceria selalu!

Salam ukhwah dari kami
aD & Fazi (aka my Mamoru)

%d bloggers like this: