>Aktiviti kat kampung

September 8, 2008 at 1:15 pm (Uncategorized)

>

Antara xtvt yg kami buat kat kampung semalam..


Pegi pasar Masjid Tanah.. beli bebahan untuk masak juadah berbuka. Opss kantoi: cencaluk & belacan aku terjah dulu.. hehe.


Gambar kat pasar ikan tayah bubuh lah. Nih masa beli buah-buahan. Dalam gambar tu, bekas isi dodol yg dibuat dari mengkuang. Tahun nih, aku & Mamoru akan jadi orang kuat buat dodol & lemang sebab kebanyakan pakcik-pakcik aku busy semuanya (dah bersedia nak kacau dodol b??)


Tak sah balik kampung kalau tak pedajalkan pokok kelapa ayah nih! Makin tinggi pokoknya. Dulu boleh petik gitu-gitu je.. sekarang, kena guna tangga pulak. Tahun depan konpem kena guna galah.


Bestttt la sesangatt dapat minum air kelapa muda fresh taim berbuka. Selalu yg jual kat KL nih kelapa dah kecut masam je..


Nih aksi malam tadi kat jejantas depan Melaka Sentral. Besar tau tapak bazar kat sini. Lebih kurang kat Masjid India jugak lah. Tapi tak lah sesesak & semahal kat Masjid India. Kami shopping baju raya untuk adik-adik kat sini. Banyakkkk gila memborong. Lega sangat rasanya bila semua baju bebudak nih dah dibeli!

Antara baju yg aku & Mamoru beli malam tadi:

Baju melayu bapak sepasang
Baju kurungAunt Shi ibu sepasang (start hari nih, aku akan guna panggilan ‘ibu’ untuk Aunt Shi)
Baju kurung lil Nina sepasang
Baju kurung adik pompuan no.6 sepasang dgn selendang
Baju melayu adik lelaki no.7 sepasang
Baju melayu adik lelaki no.8 sepasang
Baju kurung aku sepasang, dan
Baju melayu teluk belanga Mamoru sepasang!

Wah.. banyak gila kan? (thanks to Mamoru yg sanggup teman aku & adik-adik shopping sampai pukul 1.00 pagi!!). Kami sampai KL almost pukul 3.00 pagi tadi tau!

Nasib baik, adik-adik yg lain dah bekerja, kalau tak.. pingsan nak membeli semuanya dik nonn.. Adik aku bukannya sorang dua okeh.. 10 semuanya! Untuk adik-adik tiri, aku tak beli apa-apa. Aku tak cukup bajet arr. Bukan pilih kasih, tapi kenangkan adik-adik kandung aku takde mak nak tolong beli / pilihkan – harapkan akak & abang derang je lah. Adik-adik tiri masih ada mak & bapak aku (plus bapak kandung derang). Pada aku, keperluan derang masih ada yg mampu sediakan. InsyaAllah, kalau rezeki aku berlebih nanti, aku akan jalankan tanggungjawab sebagai kakak dgn seadilnya (tunggu along & abang long korang nih kaya sikit ek – boleh belanja untuk semua orang pulak pasnih – dedoakan lah selalu).

Antara baju-baju yg pending & masih belum dibeli (sebab tak ingat saiz):

1) Baju kurung Fatiha (Tia) – sepupu Mamoru yg tinggal dgn nenek. Yatim piatu budak tu. Baru masuk 7 tahun umur dia. Mamoru sayang sangat Tia nih. Mungkin sebab Mamoru masa seusia dengan Tia pun Mamoru dah jadi yatim piatu juga – nenek yg bela derang semua. Jadi dia lebih memahami perasaan orang yg tak punya ayah & ibu.

2) Kain batik & Tudung untuk nenek – Kata Mamoru, nenek tak pakai baju kurung lagi. Aku pun takde idea nak belikan nenek apa selain kain batik dan tudung. Korang ada idea? Kasi tau la ek


***********************************

Alhamdullilah, Tuhan murahkan rezeki kami tahun nih.. syukur alhamdullilah.

7 Comments

  1. Anonymous said,

    >cadangan dari ‘silent reader’… belilah baju kedah yang org tua2 selalu pakai tu…

  2. Anonymous said,

    >apa kata cik senget belikan nenek jubah plak.. mesti nenek cantik di pagi raya..

  3. aD said,

    >cik silent reader, baju kedah tu nenek ada banyakkk hehehe. terima kasih atas cadangan.. ada masa lagi nih, jom tolong aD fikir lagi :)cik sue, nk beli jubah dah tak sempat nih.. sebab jubah kebanyakkan labuh. badan nenek kecik sesangat. saiz bebudak je. nenek dah bongkok tiga, tu yg nampak pendek.

  4. Anonymous said,

    >eh boleh jer jubah… hantar kedai kasi potong sket jer.. cik senget pun bley potong n then jahit jelujur.. u can do it punya… i noe..

  5. aD said,

    >hehehe.. kemain cik sue bagi semangat. insyaAllah, aD cari nanti🙂

  6. azrin said,

    >Great shots broazrin @ http://www.azrin.net

  7. aD said,

    >azrin, tq🙂

Comments are closed.

%d bloggers like this: