>Resepi butter prawn

September 10, 2008 at 8:11 am (Resepi)

>

Nih khas untuk kak Melati – Otai gunung yg sakan betul mendaki walau tengah pregnant (same goes to Nana.. hehe)

Ok, stret to de poin. Bebahan yang perlu ada;

Butter (untuk menggoreng)
Telur (amik kuningnya sahajor)
Daun kari
Cili padi
Nestum (tak bubuh pun ok – tapi kalau nak lagi sedap, bubuh je lah – banyak cerita pulak)
Sedikit sos tiram
Sedikit gula
Bawang putih – dicincang halus
Sedikit serbuk kari
Sedikit serbuk lada hidam
Garam secukup rasa
Lasttt sekalikk, udang la kann..


Cara membuat nya pulak, memula panaskan kuali dgn butter, tumis bawang putih, cilipadi, daun kari, serbuk kari, sos tiram, blackpepper & gula. Pastu bila dah wangi, masukkan udang pulak. Bila udang dah hampir masak, masukkan sedikit garam & last sekali, masukkan kuning telur (yg dah digaul dgn nestum). Gaul cecepat, angkat & hidang..


Dan taddaaa.. nih la dia butter prawn aku yg simple sodapp. Ekceli, banyak lagi cara nak masak butter prawn nih. Ikut kreativiti sendiri lah kan. Biasanya orang guna udang yg bebesar untuk buat resepi nih. Aku belasah je guna udang kekecik.. lantak arr kan, janji udang. Alah, semuanya ikut selera tekak memasing.. apa ada hal.

4 Comments

  1. ellyn said,

    >sedapnye aD…bulih try ni nanti

  2. Deqna said,

    >nak salin resipi ni, pastu nak cuba buat..nampak menarik

  3. umi said,

    >ad..dapat tak email nana order biskut raye tu?

  4. aD said,

    >ellyn, terai jangan tak terai.. nanti inform menjadi ke tak ek :)deqna, boleh.. silakan. senang ne resepi nih. pejam mata je dah siap hehenana, dapatttt.. aD baru nak reply🙂 isnin nih aD hantar ek🙂

Comments are closed.

%d bloggers like this: