>Nasi lemak city garden

September 11, 2008 at 8:41 am (Uncategorized)

>

Nih gambar taim berbuka semalam. Kat city garden, Kg Baru. Alah.. kat restoran nasik lemak namposen tu (err sekarang tujuhposen kut – lupa lak nak tengok harga, sebab Mamoru yg pi bayar).

Pelik kan macam mana aku boleh berbuka kat sini semalam, walhal aku sepatutnya berada di dalam kelas Ekonomi kat city campus. Begini ceriteranya.. semalam masa on the way ke kelas, kami tersilap masuk ke Kerinchi Link. Maka terpaksa lah buat satu pusingan besar untuk patah balik ke KL.. huhuhu. Dengan jemnya lagi, dengan waktu berbuka dah dekat.. So, aku decide nak masuk kelas lepas berbuka je. Tu pasal aku singgah kedai nasik lemak nih hah. Kami sampai sini lagi 15 minit sebelum azan maghrib. Nasib baik tak ramai orang. Selesa sangat..


Aktiviti sementara tunggu waktu berbuka – surf internet – baca sokkabor online. Mamoru? Oh, dia asyik la dgn phone call. Keje tak hehabis.


Menu berbuka kami (ekceli menu setiap kali kami ke sini), nasik lemak sampai 5 bungkus (mana tak amik bebanyak, sebungkus tu je saiz dia tak sampai separuh tapak tangan aku), lauk pulak, kami amik sambal ikan bilis, seketul ayam goreng & sekor puyuh goreng (peberet aku!). Air minum, just mineral water (yg diamik dari dalam keta), sebotol air sarsi & setin cincau. Sepiring buah tembikai tu adalah dibagi free oleh tokei kedai (terima kasih!) – tak habis makan pun.

Tak lama kami kat sini, habis je makan, bergegas pi kelas.

3 Comments

  1. sweetheart said,

    >siannyer berbuka kalut2..xpelah kan…susah2 dulu sng2 kemudian..

  2. lily lotus said,

    >oo sket ekk nasi lemak dia sebungkus

  3. aD said,

    >sweetheart, insyaAllah.. 2 tahun je lagi sesusah cenggini.. (erkk 2 tahun? Tidakkk)lily lotus, sikit cik, tapiii sodapp hehehe

Comments are closed.

%d bloggers like this: