>Resepi sosej roll

September 13, 2008 at 5:56 am (Resepi)

>

Dalam pening-pening memikirkan apa nak dimasak taim berbuka / sahur, aku dapat idea nak cipta resepi nih. Aci hentam ikut logik je sebenarnya. Tak sangka pulak menjadi! Dannn tak sangka pulak dapat sambutan. Habis ‘licin’ dikerjakan! Mamoru lah orang yang paling sukaaa sekali makan sosej roll nih.

Senang & simple je sosej roll aku. Sesuai untuk dimakan taim berbuka / sahur. Cuba lah!

Antara bebahan yang kita perlukan adalah, roti (aku pilih Gardenia – tebal & senang nak bentuk), sosej (aku guna ayamas cheese sosej), cheesdale (camtu ke eja? kalau nak bubuh cheese lain pun ikut suka – tapi jangan banyak sangat, susah nak goreng kang), dan last skali, telur sebijik (sila bubuh garam secubit). Pastu belah dua roti & sosej (ikut suka la nak saiz besar mana. Kalau ikut aku, roti tu buang bahagian tepi & potong dua je. Sosej pulak, potong tiga sebab panjang sangat. Oh, cheesedale tu pun aku potong dua.


Cara menggulung pulak, amik roti, bubuh cheesedale, letak sosej dan gulung elok-elok. Untuk lekatkan hujung roti tu, letakkan sikit telur yg dah dipukul dgn garam tadi. Pastu picit sikit kasi bercantum (kira telur tu bertindak macam gam lah). Lepas siap semua, panaskan kuali pastu golekkan roti yg dah digulung kedalam telur & goreng hingga kuning keemasan.



Dan taddaaaaa… nih la ghupernya. Memang mencabar napsu makan bila tengok cheese yg meleleh keluar dari roti sosej nih. Simple & sodappp!

2 Comments

  1. Erinsza said,

    >sedapnyer. senang ye nak buatnyer canne boleh buat.

  2. aD said,

    >erinsza.. sedapp sangat tau. Try lah!šŸ™‚

Comments are closed.

%d bloggers like this: