>Berilek di kampung

September 15, 2008 at 10:55 am (Uncategorized)

>

Seronok kan ada banyak kampung nih. Kekejap kang balik Kuala Selangor.. kekejap kang balik Melaka. Yang tak bestnya, xtvt yg nak dibuat punyalah banyakkk.. masa je yg tak mencukupi😦

Balik kali nih tak sentuh cat pun. Cat minyak yg kami beli dua tong besar tu (sebesar tong minyak tanah) dah habis! Abg Edi (brother in-law Mamoru – err kalau belah aku panggil apa ek? biras kah?), dah cat kasi habis (terima kasih abg Edi!). Tinggal bahagian tepi serambi je belum lagi. Petang semalam dah beli lagi setong cat minyak (tapi tak sempat cat lah – tunggu minggu depan). Harap tong baru tu cukup untuk cover seluruh rumah nenek.

Nih gambar masa kat kampung Kuala Selangor – layankan je lah nahh..


Makde suruh aku petik kangkung tepi parit nih untuk direbus. Aku ikutkan je. Memula tu agak skeptikal lah nak makan kangkung nih, tapi bila try sekali.. fuhh, terangkattt ok! Paling sedap bila dicicah sambal belacan ciliapi nenek! *huu nak lagi..


Melayan karenah Fatiha (yatim piatu yg aku cerita dulu) & Ijat. Ya Allah, derang nih kalau nampak aku, harusss pengsan aku jadinya. Dedua nak jalan pegang tangan.. dedua nak aku peluk.. dedua duk tarik-tarik aku suruh dengar derang bercerita – nasib baik derang tak suruh aku dukung – haruss patah badan aku nih!!


Nih pelam (mangga epal) yang ada depam umah SIL Juli. Besar gila kan buahnya. Manis sungguh bila masak. Oh, jangan tataw belah-belah Kuala Selangor nih memang kaya dgn buah pelam. Esp kat Sabak Bernam. Selain menghentam pelam, aku turut memaksa Mamoru petik buah kelapa pandan yg sangat wangi & sedappp *ohh, teringat air kelapa aku yg tertinggal kat umah nenek malam tadi😦


Tolong nenek petik buah belimbing besi – lebat betul buahnya. Nenek suruh petik bawak balik KL – aku lupa!! huhuhuhu..


Tolong balik-balik kan ikan pais (camtu ke eja, b?). Lupa nak tanya nenek resepi ikan tu. Yang aku tau, ada ikan kekecik yg digaul dgn kelapa berempah & dibalut dgn daun pisang pastu dibakar.


Tengah menolong mengacau nenek buat sambal belacan yg pedas tapi sedapp gila! *balik lagi nanti nak suh nenek buat lagi.

Sayanggg sangat kat nenek! Baik tau nenek mertua aku nih. Setiap kali kami balik, dia akan kocoh-kocoh tanak nasik, masak lauk (walaupun taim tu dah tengah malam buta). Even kami larang pun dia tetap buat jugakk! Kalau hari biasa kang, pagi dia buat breakfast nasik lemak, tengahari masak lunch, petang siap buat kuih / keropok untuk minum petang ok! Punya lah dia suka memasak kalau kami ada kat rumah. Risau aku nengoknya. Aktif sangat.

Semoga nenek dipanjangkan usia, sihat bertenaga & ceria sentiasa! *aminn*

10 Comments

  1. best stock investment said,

    >well its nice to know that you have great hits here.

  2. Nizam said,

    >orang sabak bernam, kuala selangor kalau buat sambal belacan memang best … nyam nyam …raya nie saya pun akan ke sungai besar … beraya kat sana

  3. shuzana said,

    >besh nyer..dok kg2 camtu..shu ni dok bando..kawin pun ngan org pulau..suasana x besh mcm kat sabak..hehe..nway..salam perkenalan ek..

  4. June said,

    >tgk nenek mertua akak tu, teringat arwah nenek saya.p/s: kak meh amik tag kat blog sy😉

  5. aD said,

    >nizam, betul tu. first time makan semalam terus ‘jatuh cinta’. sedapp sungguh :)shu, nak merasa suasana kampung, meh la datang beraya ke sana.. hehe :)june, tu la kan. akak memang ‘kaya’ dgn nenek. belah ayah, belah ibu, belah mertua, semua ada lagi.. cuma datuk je yg tak sempat nak jumpa🙂

  6. en_me said,

    >kecurr sehhh tengok pelam mangga epal tewww.. cisss..

  7. angah said,

    >halooo aD.. itu belimbing BULUH laaaa diulangi belimbing BULUH….

  8. June said,

    >akak, ade award spesel ut akak kat blog sy nanti amik yer😉

  9. Mrs Mommy said,

    >salam… seronok tengok suasana kampung macam tu, tambah kalau adik-beradik semua berkumpul, mesti meriah…

  10. aD said,

    >en me, jemput lah tengok.. hehehehe :)angah, opsss muahahahahaha.. *maluuujune, wah siap ada award. terima kasih :)mrs mommy, tu yang buat tak sabar nak tunggu raya nih. confirmmm kecoh punya hehe

Comments are closed.

%d bloggers like this: