>Iftar Tanjung Karang

September 16, 2008 at 10:48 pm (Uncategorized)

>

Sesi mari berbahasa dgn baik.

Sejak akhir-akhir ini aku sangat tertekan dengan tugasan kursus Sarjana yg terlalu banyakk. Pening kepala ni. Tak dapat nak gembira & tenang sambut puasa & raya bila peperiksaan & tugasan penuh dalam bulan puasa! Itu belum campur urusan kerja lagi. Ohh.. pengsan dibuatnya.

Sementara aku pening-pening melayan perasaan, apa kata anda layankan gambar-gambar dibawah ini.

Aaaahhh.. gambar berbuka dgn rakan outdoor Kuala Selangor pada hari minggu lepas. Sangat seronok! Hampir 40 orang yg datang. Aku & Mamoru sampai lewat (berbuka dalam kereta.. tskk). Sampai rumah Syafiq terus naik solat dulu. Pastu baru join makan-makan.

Acara makan berlanjut sampai lewat tengah malam – sekalikan dengan meeting kelab. Tapi kami tak tunggu sampai habis lah. Kena balik awal. Kesian pulak nak biarkan nenek berjaga tengah malam semata nak bukakan pintu untuk kami.

Hasil meeting? Aku takde idea. Rasanya takde xtvt baru yg dibincangkan. Atau ada xtvt baru tapi aku je yang tak perasan? Maklum, sibuk tolong tuan rumah mengemas & membasuh pinggan.

Yang aku tau, seperti tahun-tahun yang lalu, rakan-rakan disini akan buat ‘baraan’ (beraya dari rumah ke rumah). Sangat meriah tahu. Tahun lepas, kami start beraya dari awal pagi hingga ke lewat malam! Penat tapi sangat puas hati! Tahun nih, sama juga. Baraan akan bermula dari rumah kak Lela. Wahh.. tak sabarnya!!


Ada banyak entry yang tertangguh nih. Nanti-nanti lah sambung. Nak buat tugasan sebentar. Sabar ye kawan-kawan.

p/s: Mata dah mengantuk tapi apakan daya..😦
%d bloggers like this: