Apa itu Jenahak

September 21, 2008 at 6:04 am (Uncategorized)

Hari nih 21 Ramadhan 1429 Hijrah.

Liat betul nak bangun untuk sahur tadi. Dengan hujan nya subuh ni.. aduhh.. syoknya tidur. Nasib baik lah nenek tolong kejutkan.

Nih baru lepas habis sahur. Kat luar still hujan lagi. Hmm.. macam mana nak sambung mengecat? Risau aku kekalau tak sempat siap hari nih . Dah la minggu nih last aku balik sini. Minggu depan nak balik Melaka. Harap hujan berhenti bila hari makin terang nanti.

Bercakap pasal hujan, dengarnya hampir semua tempat dalam Malaysia nih dijangka hujan taim hari raya nanti. Aduhai.. tak dapat lah nak melaram lelebih berjalan raya. Takper lah, hujan tu kan rahmat. Setakat hujan sesikit, apalah sangat. Harap tak terlalu lebat sampai banjir. Dan harap juga, semua orang dapat raikan hari raya dgn ceria tanpa masalah-masalah yang tak diingini *aminnn.

Pagi nih, aku ada tugasan penting. Makde yang request. Dia suruh aku jadi chef untuk majlis berbuka kat rumah Mak Long & Pak Long kat Kampung Baru. Makde nak aku masak udang berempah & ikan jenahak panggang.. adoiyaii. Matilah, aku tak kenal ikan jenahak tu ikan apa. Kejap lagi nak pegi pasar nih. Hantam sajalah..

Opp.. ops.. bergegar pulak serambi rumah nenek nih (aku tidur kat serambi). Rumah nenek nih letaknya kat tepi jalan utama. Kengkadang, kalau lori atau bas lalu-lalang kat depan konpem terasa gegaran dia. Esp taim malam lah.

Ok lah. Nak sesiap. Kang lama pulak Makde menunggu.

Psstt.. tinggal 9 hari lagi je sebelum Ramadhan meninggalkan kita😦

4 Comments

  1. Sikelu said,

    hu huuu.. ingatkan pasal apa lah bergegar serambi tuuu.. hu huu huuuuu…

  2. Sikelu said,

    hu huuu.. ingatkan pasal apa lah bergegar serambi tuuu.. hu huu huuuuu…

  3. Pendekar Laut said,

    cover line la tu kata lori lalu..
    hehehe..

  4. aD said,

    sikelu: hehe.. minta dijauhkan gempa-gempa nih🙂

    pendekar laut: betullll lori yg lalu.. takkannn lah dinasour pulak🙂

Comments are closed.

%d bloggers like this: