>Mari membakar ikan

September 23, 2008 at 11:00 am (Uncategorized)

>

Baru lah aku tau cemana rupa Jenahak sebenarnya. Hehehe.. *kantoi. Bapak besarrrr ok. Lebih besar dari Irfan (baby SIL Juli yang baru sebulan usianya).

Pagi tu seperti yg dah dirancang, kami (aku, Mamoru & Makde) pegi pasar basah Tg Karang. Shopping bebarang untuk dimasak. Banyakkk gila memborong. Makde yang keluar belanja semua. Aku nak beli, dia tak kasi.. Even aku nak beli bebarang nak buat kuih raya pun dia cakap tak payah – dia suruh aku amik je apa yg aku nak kat kedai bakery dia. Isshh.. tak mau lah. Segan ok. Beli kat KL je lah nanti.

Antara bebarang yang Makde beli:

Ikan duri – untuk masak asam tumis – yg nih Makde suruh Kak Nor (anak Makde) masak.
Sayur kucai bawang – untuk digoreng bersama udang – yg nih Ayu (menantu Makde) masak.
Tulang rusuk lembu – untuk buat sup – nih pulak Arul (anak Makde) yang kena masak.
Udang besar – untuk masak berempah – haa nih part aku
Ikan Jenahak & Talapia – untuk dibakar – nih pun part aku.


Proses menyiang Talapia sambil dibantu Mamoru. Ikan Jenahak tu tayah buang sisik. Just belah dua, bersihkan & lumur dgn rempah ratus. Pastu panggang. Kelapa yg Mamoru parut tu untuk buat kuah jirus atas Jenahak bila ikan tu dah separuh masak nanti.. Ikan Talapia pulak aku panggang stim je (guna alumunium foil) – Mamoru suka style gini. Santan selebihnya untuk buat menumis udang.


Posing masa memasak harussss ada! Bukti sohih nih. Ikan talapia tu senang je masaknya. Cuma ikan Jenahak payah sikit. Nak membaliknya kena gunakan tenaga dua orang ok. Kalau tak sure terbarai isi dgn tulang. Resepi dia pun special sikit *wink


Kesian hero aku nih.. Kena jaga api ikan. Dah la penat mengecat tak hilang lagi🙂


Tengoklah cemana kami panggang ikan besar tu. Macam nak masak kuih bahulu / kuih bakar style lama. Siap bubuh bara atas alumunium foil.. huhuhuhu.


My hero yg kepenatan.. Sayang tau kat dia nih. Sangatttt rajin bila kat dapur. Tayah disuruh pun. Selalu lepas berbuka, dia lah yang amik part membasuh pinggan. Aku disuruhnya duduk rehat. Thanks b.. *kiss kiss.


Nih la rupa Jenahak yg siap dipangging.. fuhhh.. antara yang paling cepatttt licinnnn taim berbuka.


Nih pulak Talapia panggang kesukaan Mamoru! Baru aku perasan tau: Mamoru kan tak makan ikan lain selain ikan Kembung. Tapi sejak aku kenalkan dia dgn ikan Talapia panggang resipi family aku nih – terusss dia minat tau.. hebat tak hebat tuu! (hee.. angkat bakul sendiri)

5 Comments

  1. maslight said,

    >Mmg wrong timing masuk sini, scroll punya scroll nampak ikan bakar yang menjilat jari @_@ sabar~

  2. aD said,

    >hehehe.. sabar.. lagi berapa jam je nih🙂

  3. Diana-k said,

    >ops….1st time bukak blog akak..nampak ikan bakar plakk..adoiii…menguji keimanan betul nie…:)

  4. Lina said,

    >Aiii aD aduhlah jenuhnyer nunggu tisu ngan kad raya aD..tp xper cian aD bz ek..hehe..nak mintak aD publishkan resipi2 ikang2 tur huh ek

  5. aD said,

    >Diana-K: Sabar wakk sabarr. Terima kasih ye sudi dtg sini :)Lina: aD dah post dah.. sabar nak tunggu kedatangan abg posmen.. heheh. Resepi ikan tu nanti aD masak lagi sekali aD buat entry bergambar. tak seronok belajar masak takde gambar nih🙂

Comments are closed.

%d bloggers like this: