>Pokok pisang nenek

September 23, 2008 at 9:00 am (Uncategorized)

>

Laju je nenek keluar rumah pagi minggu aritu. Ingat kan apa sangat laa yang dia risaukan. Pokok pisang dia patah rupanya. Geremmm aku tengok nenek nih. Ada ke dia nak angkat tandan pisang yg patah tu sengsorang. Bukannya nak panggil orang minta tolong. Isskkk bahaya laa nek. Cecepat Mamoru tolong nenek tebang pokok pisang tu. Aku yang tak pernah tebang pokok nih pun turut serta.

Banyak jugak pisang yang dah mengkal (hampir masak). Ada 4 tandan semuanya. Nenek kata, semua pisang tu, dia nak buat kerepek untuk hari raya.. iskk.. nenek nih bukan tau duduk diam tau. Ada je mender yg dia nak buat.


Pokok pisang yang tumbang akibat hujan lebat pagi minggu aritu
%d bloggers like this: