>Resepi bergedel simple

September 24, 2008 at 10:00 am (Resepi)

>

Bergedel paling best yang aku penah makan adalah bergedel yg adik pompuan no.4 buat. Dia memang experttttt. Tapi, sejak dia kahwin & berpindah ke Kelantan.. takde orang yang nak buatkan bergedel untuk aku *tsskkk (nak buat sendiri malasss)

Tapi since tekak dah tak boleh tahan lagik, terpaksa lah buat sendiri juga. (note: resepi nih aku reka ikut selera aku) Ok, bersedia dgn pen & kertas? Lets salin resepi bergedil paling simple & senang dari aku.

Bebahan yang kita perlukan:

Kentang – direbus dan di lumatkan dgn garfu (6 biji – saiz kecil)
Daging /ayam – bersihkan dulu pastu cincang lumat (ikut suka nak guna byk mana – kalau malas sangat, beli je yang dah siap kisar – tapi untuk kesedapan maksima, better lah dicincang – baru terasa daging / ayam nya)
Telur ayam – dipukul dalam mangkuk (2 biji)
Tepung goreng ayam KFC (kat kedai ada jual) – murah je
Bread crumb (atau serbuk roti – nih sebagai alternatif kalau tanak guna tepung goreng ayam)
Garam secukup rasa

Lepas semua bebahan siap, campurkan kentang yg dah dilenyek dgn daging / ayam yg dah dikisar tadi. Make sure sama banyak lah.. uli sampai boleh jadi doh. Jangan lupa campur garam secukup rasa.

Pastu, kepal-kepalkan doh menjadi bulat & sedikit leper. Saiz, ikut suka nak buat besar mana. Aku buat cecomel je. Jenis sekali telan je – senanggg nak makan. Oh, sila jangan tanya kenapa ada bentuk bergedel yang agak pelik dalam gambar diatas. Itu my superhero punya keje. Dia tengah rajin nak menolong tu – layan kan je..

Lepas semua adunan tadi siap dibentuk (dikepal ler), panaskan kuali. Celupkan bergedel dalam telur dan golekkan atas tepung goreng kfc (atau bread crumb) dann goreng. Balik-balikkan sampai warnanya bertukar menjadi coklat keemasan (golden brown). Angkat & hidangkan.

Taddaaa… ini lah rupanya bergedel aku. Comel takk? Ada dua version bergedel dalam pinggan nih. Sebelah kanan tu aku guna tepung ayam goreng kfc; sebelah kiri pulak aku guna bread crumb. Sedapp sangat kalau dimakan cicah sos & mayonis. Nak makan dgn sup soto pun boleh sajor.

Ekceli ada banyakkkk version untuk buat bergedel. Ada yg suggest campur lada sulah, black pepper, daun sup & segala rempah ratus lagik. Bagi aku, terpulang lah pada citarasa tekak memasing. Aku lebih suka yg simple & tak memeningkan. Janji sodappp🙂

12 Comments

  1. angah said,

    >kalau nak texture lagi firm, instead of rebus kentang tu, potong sederhana besar dan goreng. Pastu tumbuk dan gaul dengan bahan lain untuk perasa…

  2. Hamba Allah said,

    >http://www.masjid-al-azhar.blogspot.com/masjid ni perlu bantuan. sebarkan lah alamat nih mudah-mudahan dapat la kita pahala.

  3. aemin said,

    >kalau nak simple goreng jek kentang tu sebijik2 ngan tepung. serupa jek ghupernya. kah kah..

  4. hashim habeed said,

    >Rasanya yang berempah tidak sesuai dibulam pose .. Takut perut meragam masa terawih.Coobaaan……

  5. a^T04 said,

    >senang je kan

  6. yati_nilam said,

    >nape x bls email saya? nk alamat rabitah cookies jer…huhuhu…

  7. chempaka said,

    >makanan kegemaran nih!!! Salam singgah dan selamat hari raya

  8. dibitz said,

    >blog yang sungguh lazat!

  9. aD said,

    >angah: ini kena cari batu lesung saiz besau nih.. hehehamba-Allah: kengkawan, lawatlah site nih http://www.masjid-al-azhar.blogspot.com/at^04: pejam mata pun boleh buat kan :)yati_nilam: minta maaf lambat reply. alamat dia: no.48, jalan bukit rotan, 45700 selangor. kalau peta, aD tak ada. cempaka: sama lah kita :)dibitz: hehehe.. bulan nih je lazat wakk. selalu tu cerita gununggg je

  10. yati_nilam said,

    >thanks… & selamat hari raya

  11. Anonymous said,

    >boleh juga ditambah dengan telur puyuh..makne nyer telur tu didalam bergedal ni la..sedappp.

  12. aD said,

    >anonymous: wahh kena try nih. tenkiu atas idea tu🙂

Comments are closed.

%d bloggers like this: