>Proses mengemas bermula

September 28, 2008 at 11:06 am (Uncategorized)

>

Nih gambar semalam kat Kuala Selangor. Aku ajak dua orang adik aku sama join mengemas rumah nenek – buat kerahan tenaga secara besar-besaran.. hehe. Banyakkk keje yg kami buat semalam. Sapu sampah, mengecat, vacum karpet, pasang tikar getah baru, tukar sarung kusyen, etc, etc. Seronok sangat tau! (walaupun penat bagai nak pengsan)

Jemur karpet.. Punya lah banyak karpet yang dijemur

Balas semula cat aritu. Lawaaa sangat rumah nenek bila dah siap. Kami cat bahagian luar je. InsyaAllah tahun depan kami cat belah dalam pulak😉

Adik no.6 pun dikerah mengecat sekali. Tapi dia nih over rajin pulak. Bahagian yg orang tak suruh cat pun dia bantaiii cat sekali

Adik no 7 duk tayang body.. konon tough lah tu.. kering melidi je.. hehehe

Pasang langsir lak. Selalu pasang langsir nih keje org pompuan kan.. hehe kesian my Mamoru & adik no. 7 kena tolong sekali. Aku tak kuat arr tarik dawai langsir tu

Taddaaa… dah siap pun ruang tamu – Tapi tak abis kemas lagi sebenarnya. Rehat jap.. penat gila ok! Nenek naik ke serambi buat spotcheck hehehe – lawaaa kata nenek🙂

Sementara semua superhero aku berehat, aku gi gubah bunga. Ada dua gubahan yang aku buat

Masa sibuk mengemas, Makde datang menjenguk. Siap ber-apron lagik – dia busy buat kuih raya. Banyak tempahan yg dia dapat. Suka sangat gambar nih. Lepak kat tangga sambil bebrborak.. ceria sangatt!

Nih lah hasil rumah nenek yg dah siap di cat. Cantikkkk sangat tau.

Pandangan dari sudut lain pulak😉

My Mamoru dgn adik no 7 tengah pasang lampu lip-lap-lip-lap

Rumah nenek taim malam.. comel kan.. Aku sukaaa suasana kampung macam nih.. syahdu je.

2 Comments

  1. Ida said,

    >uui bestnyer ada unah kampung cenggini… jelesnyer… kg aku kat sg buluh jer.. jgnkan unah kayu .. buluh pun takder.. sedihhh

  2. aD said,

    >ida, jangan sesedih.. jemput lah ke kampung kami.. raya still ada lagi nih🙂

Comments are closed.

%d bloggers like this: