Sahur yang terakhir

September 29, 2008 at 10:15 pm (Uncategorized)

Hari nih 30 Ramadhan 1429 Hijrah.

Hari nih hari terahir untuk semua umat Islam berpuasa. Syukur alhamdullilah, Ramadhan kami kali nih dapat kami lalui dgn keadaan yg tenang & ceria. InsyaAllah, esok kita semua akan berhari raya.. hepi sgt.. tapi sayu pula bila megenangkan mereka yg dah tiada.. esp, arwah ibu.

Pagi semalam, tak banyak aktiviti yg kami buat. Rehat kat rumah je. Dodol dah siap packing. Nenek dah bahagi-bahagikan untuk anak dan cucu semua. Untuk aku je ada 8 pek – setiap pek tu sekilo ok! Punyalah banyakkkk. Aku dah siap asing-asing untuk adik-adik & family mertua.

Tengahari pula, ayah ajak sembelih ayam kampung untuk dibuat rendang. Banyakkkkk gila ayam yang kena sembelih. Ada 12 ekor semuanya. Seronok sangat. Peberet aku ayam kampung nih. Habis siang, terus bungkus masuk fridge – hari nih baru masak rendang

Malam tadi aku pergi Peringgit (ala, tempat aku beli baju raya adik-adik aritu). Aku beli selai lagi baju raya.. hehe. Bukan apa tau.. baju raya yg aku ada, kaler perpel je. Family aku punya tema untuk tahun nih, hijau lumut.. tak ke larii jauhh tu. Nak tanak, terpaksalah aku cari selai baju kurung kaler hijau jugak – kasi matching. Yang kelakar tu, SIL Ida pun ikut beli sama baju kaler hijau.. hahahaha. Takut tak sherasiii bersama taim jalan raya nanti.. hehehehe. Tapi nasib kami baik tau. Dapat baju yg cantik dgn harga yang murahhhh..

Okeh lah, hari dah makin siang.. aku nak mandi. Kejap lagi nak masak lemang & rebus ketupat. Nak tengok gambar kami masak lemang? Haa.. tunggu tengah malam karang ok?

Sebelum tu, korang layan kan je lah gambar-gambar proses menyiang ayam kampung nih

Ayah dgn adik no 7 tengah sembelih ayam

Kemain hepi lagi bebudak nih dapat pegang ayam.. bebaik dik oii.. terlepas kang, tangkaplah sengsorang

Mamoru dgn adik aku tengah ‘tebuk’ ayam (keluarkan segala isi perut ayam tu)

Ibu tengah rendam ayam yg dah ditebuk ke dalam air panas

Me & Mamoru tengah cabut bulu ayam

Ayam-ayam yang dah ditogelkan🙂


Proses yang last sekali.. layurkan ayam atas api sampai berminyak untuk hilangkan bulu-bulu pahat (kecil) yang ada kat badan ayam.

%d bloggers like this: