>Bakar lemang pulak

September 30, 2008 at 11:00 pm (Uncategorized)

>

Lepas dodol, lemang lah pulak kan. Tak meriah raya kat Melaka nih kalau dua mender nih tak ada.

Pepagi lagi kami dah pegi umah nenek. Tolong mesin kelapa, perah santan, petik daun pisang, etc, etc. Penat toksah cerita.. tapi seronokkkk sangattt.

Mamoru & aku ditugaskan untuk membasuh beras pulut. Kena basuh bersih-bersih, kata nenek. Kalau tak, lemang mudah basi

Pak ngah & adik no. 5 tengah bubuh daun pisang dalam buluh. Nasib baik lah Pak Ngah ada. Dia rajinnnn sangat tolong kami. Ekceli, Pak Ngah sepatutnya beraya di Terengganu. Tapi, bila dapat berita nenek tak berapa sihat, terussss dia balik beraya kat Melaka. Aku sukaa sangat kalau Pak Ngah balik. Dia rajin melayan anak-anak buah🙂

Lepas settle basuh bers pulut, aku tolong Asri (sepupu) & adik no. 5 perah santan pulak. Kena perah pepekat kalau nak dapatkan lemang yg bestttt

Nih pulak, keje orang lelaki. Angkat kayu untuk bakar lemang. Kayu kena banyakkk.. maklum lah, maak lemang nih bukan sekejap dik nonn

Nenek tengah masukkan garam secukup rasa ke dalam santan yang dah diperah. Kena pandai bajet garam.. kalau tak, konpem terlebih / terkurang masin.

Me & Mamoru tengah masukkan santan kedalam buluh lemang yang dah berisi beras pulut sambil dibantu oleh adik-adik tiri aku

Lepas siap semua, susun lemang kat sebelah bara api

Tu dia.. barisan askar-askar yg bertugas menjaga api lemang.. panas okeh taim nih. Api lemang tuu memang tak bolehh tahannn bahangnyaaa. Azabbb betul duduk sebelah lemang nih tetaim bulan puasa.. dapat-dapat pulak hari lassttttt puasa.. memang menguji iman sungguh!

Mamoru & adik no. 3 tengah sibuk balik-balik kan lemang supaya rata masaknya. Huhhh.. aku tak berani duduk dedekat.. panassss


Posing pun jejauh je dari lemang.. nih bukan setakat terpaksa tahan panas.. tahan napsu sekali ok! Berjaya jugak aku tahan godaan hari terakhir puas nih..🙂

%d bloggers like this: