>Gambar 1 Syawal

October 6, 2008 at 12:33 pm (Uncategorized)

>

Lambat upload gambar raya kali nih. Busy ok. Mana nak berjalan raya.. mana nak layan tetamu. Asal bukak laptop, ada je orang bagi salam.. camne tu? Nak updet taim malam, tak larat pulak.

Layan kan je lah gambar raya kat bawah nih. Banyak gambar gegar kali nih. Adik aku yang snap. Nih pun, aku dah tapis-tapis.. yang lain sumer tak jadi. Tak boleh jadi photographer adik aku nih.. harap gambau je banyakk.. yang ‘menjadi’ boleh dikira dgn jari je.. huhuhu.


Nih taim pagi raya. Ayah & Ibu dah siap stanby duduk tunggu anak-anak datang salam. Taun nih, Mamoru lead salam ayah. Selalu tu aku. Nak salam kena ikut turutan ok. Yang besar kena salam dulu.. pastu baru yang kekecik mengikut.


Turn aku lak. Hepi sangat tengok ayah & Ibu pakai baju yg aku belikan.. Oh, baju aku tu dibeli lasttt menet tau. Lagi sehari nak raya baru terhegeh-hegeh mencari. Aku punya baju ekceli kaler pink (beli kat butik Batik Terengganu kat KL – tapi tak sempat tempah tskkkk – harap kain je mahal gila). Baju lain yang aku beli, kaler purple (sedondon ngan Mamoru). Memandangkan kebanyakan family aku berbaju hijau pagi raya tu.. aku pun gedik la nak baju hijau jugak.. Nasib baik dapat yg saiz dgn badan.. murah lak tu – RM 73 inggit je.. hehe



Tataw naper Ibu pakai tudung hitam.. dia takde tudung hijau kut. Aku pun satu.. lupa nak beli tudung untuk ibu sekali..


Lepas sesi bermaaf-maafan, kami pergi ziarah kubur arwah Ibu. Walaupun arwah Ibu dah 12 tahun meninggalkan kami adik-beradik, perasaan sedih & sayu tu tetap ada.. buktinya, memasing semua duk sroottt srettt (tahan sedih) – berair je mata (Selamat Hari Raya, Ibu.. al-fatihah)


Tak semua adik-adik aku pegi kubur serentak. Dari kiri, adik no. 3, adik no. 8, aku, adik no. 9, adik no. 6 & adik no. 7.. yang lelain ada kat umah nenek.


Turn kami pulak bersalaman & bagi duit raya kat adik-adik.. huiii seronok tau jadi anak sulung nih


Taim nih agak kelakar.. ntah camner, dalam sibuk nak beraya aku boleh lupa nak salam mintak ampun dgn Mamoru! Seriyes terlupa ok! Maybe sebab first time raya sesama kut.. huhuhu. Padahal, dari awal puasa lagi aku tunggu saat nih tau.. tskkkk.. ampun b..


Bergambar gegamai dgn nenek sebelah ayah & sedara-mara pulak..


Baju kami tak sama.. huaaaa.. gara-gara baju tak siap bertempah la nih.. Takpe lah kan b? Next year boleh lagi.. kan?


Dari kiri, adik no. 3, aku, Mamoru, adik no. 2, SIL Ida, adik no. 7. Duduk pulak, adik no. 8 & adik no.5


Bergambar dgn adik-adik & sebahagian dari sepupu sepapat kat depan rumah sebelum gerak jalan raya sesama.


Tu dia.. berderet-deret adik-beradik aku


Dengan nenek Inang


Dengan nenek Temah pulak..


Lepas satu-satu umah yang kami terjah


Ikutkan, satu kampung nih semuanya berkeluarga.. tapi takde lah aku melawat semuanya sekaligus.. boleh pengsan ok. Yang mana dekat je lah.. rumah yang belah-belah hilir sana, aku tak pegi.. tak larat.


Mana tak laratnya.. korang tengok lah bebudak kecik nih.. huiii penat nak menjaganya!


Nih pula, nenek Besah (mak tiri arwah ibu)


Dengan nenek Pia pulak.. hehehe.. yerr.. aku ‘kaya’ dengan nenek. Datuk sorang pun takde. Hampir semua datuk-datuk aku meninggal dunia sebelum aku dilahirkan (atau masa aku kekecik lagi)

7 Comments

  1. Tie said,

    >Wah..meriahnya raya dia…suka lak tgk foto2 tuh..

  2. biqque said,

    >ha dapat pun tengok gambar raya u! punya la ternanti2kan update dari u…haha! kita sama la, my late mom pun dah passed away 12 years ago…sob…sob…ok, see my raya pics at http://biqque.blogspot.com/ plak ye!

  3. Sarah said,

    >Selamat Hari Raya Aidilfitri. Thanks for dropping by🙂

  4. JHaZKiTaRo said,

    >salam syawal dari bumi Dublin, Ireland.. jemput singgah ke blog hamba..🙂

  5. ctfarazila said,

    >wah samala kite hijooou🙂

  6. lankapo said,

    >meriah sungguh raya ..;enkap dengan kambing panggang dan lemang hehesama lah kita sulung dari sembilan adik beradik. memang emriah klu smeua berkumpul kan

  7. aD said,

    >Tie: tenkiu! selamat hari raya :)Biqque: al-fatihah untuk arwah mak awak.. keje bayk lately.. tu yg lambat post.. selamat hari raya utk awak & hubby!sarah: salam aidilfitri juga :)jhazkitaro: beraya di perauntauan ye? selamat hari raya :)ctfarazila: ye la wakk, tahun nih ramai bebenor yg pilih kaler hijau kan?lankapo: memang meriah keluarga ramai nih.. kalau boleh, ad pun nak anak gegamai jugak🙂

Comments are closed.

%d bloggers like this: