Esok cuti :)

October 9, 2008 at 8:29 am (Uncategorized)

Semalam aku & Mamoru berbuka dgn McD. Ada kelas.. tu yang tak dapat balik memasak kat umah. Berbuka pun lewat. Maklum, kelas break 7.30 mlm. Nak tanak terpaksa lah curi-curi keluar kelas untuk berbuka.

Alhamdullilah, hari nih genap 3 hari aku & Mamoru puasa sunat Syawal (cum puasa ganti taim period aritu). Another 3 more days to go – untuk Mamoru lah, untuk aku ada lagi 4 hari.. huhuu. Ntah sempat ke tak aku puasa direct nih. Rasa macam nak period je nih. Sedih.

Tsskkkk memintak jangannn lah. Aku nak habiskan puasa dgn Mamoru. Tak syiok lah puasa asing-asing nih. Lagi satu, kalau betul bendera merah naik hari nih, bertambah-tambah sedih lah aku.. baru nak berangan ‘orang baru’ sebab masuk hari nih period aku lewat 6 hari..

Takperlah, kalau ada rezeki kami, adalah.. kalau tak, cuba lagi.. ye tak?

Ohh, aku sangat hepi. Adik-adik aku dah pandai berdikari. Selalu tu derang duk tunggu aku balik keje untuk masak dinner sesama. Kalau aku balik lambat, lambat lah derang makan malam. Tapi lately nih.. adik-adik aku dah pandai masak sendiri (esp adik pompuan no.6). Dah boleh diharap. Adik lelaki no.5 pun pandai jugak – pandai masak sardin (walaupun rasanya tersangattttt lah pedas). Adik lelaki no.7 je yg belum penah memasak lagi (selain megi). Tapi bab-bab mengemas tu, memang boleh diharap lah (kalau disuruh).

Besar harapan aku & Mamoru nak tengok adik-adik semua berjaya dalam hidup. InsyaAllah, kita usaha sama-sama ye sayang🙂

6 Comments

  1. angah said,

    Ad.. baby nih kan.. lagi kita mengharap lagi susah nak lekat tau.. buat tak tau jek.. insyaAllah ada…

    Macam second baby angah la.. beriya nak, bila peot sedih.. lepas tu buat tak tau jek.. tetau ada plak…

    good luck🙂

  2. f.i.f.i.E said,

    kak aD!!

    Selamat Hari Raya AidilFitri
    Wahhh..sakan ek dia beraya!
    ri tu nk ke mjengah ke umah,tapi takdan la kak oii.

    p/s:cookies ri tue abis mkn sendiri.Ngeh3!

  3. aemin said,

    suruh fuzzy keja keras lagi. hehe..

  4. aemin said,

    suruh fuzzy keja keras lagi. hehe..

  5. aD said,

    angah: tu lah, ekceli dah tau kemungkinan tak ada. sebab bila taim subur tu macam tak rajin nak usaha..hehehe. selalu wrong timing. pastu bila period, tauu pulak nak sedih.. huhuhuhu

    fifie: selamat hari raya! wahh sakan makan kuih raya sengsorang ek.. nih musti sorok balang bawah katil hehehe *gurau

    aemin: takmo lah.. bak kata angah, tak elok mengharap sangat. Biar suprise gituuu🙂

  6. umi said,

    ape lagi cek la ngan pregnant test kit. tp kadang2 tak betui gak… g klinik takut malu plak kalu tak betul kan…tp hr tu nana try gak tanye doc nk cek pregnant sambil nk amik mc…

Comments are closed.

%d bloggers like this: