>Ayah – Medical check up

October 13, 2008 at 8:00 am (Uncategorized)

>

Nih gambar Jumaat lepas. Aku & Mamoru amik cuti semata nak balik Melaka, bawak ayah gi medical check up. Kami bawak ayah gi Hospital Alor Gajah.

Mulanya tu risau jugak. Ayah bukan jenis suka pegi klinik / hospital. Kalau terseliuh ke, demam ke, luka ke.. dia laaaaggiiii rela duduk dendiam kat rumah je – pelik aku tau. Takut sangat kena injet agaknya (aku pun camtu gak – takut jarum.. hehe


Nih masa tengah menunggu. Kami sampai spital awal pagi, menunggu pun tak lama. Mamoru siap belikan sarapan – rasa macam berpiknik je kat spital tu


Ohh.. nih lil Nina amik sendiri – cantik pulak gambarnya (walau pun dia focus bebtul tang idung)


Doktor yg attend ayah. Baik doktor nih. Muda lagi orangnya. Biasa kalau nak buat medical check up kat hospital kerajaan, kena buat appoinment, tunggu gilliran. Tapi, pagi tu aku minta doktor tu buat semua sekali dalam satu hari. Mulanya jururawat kat depan dia tu macam tak bagi – suruh datang lain kali amik darah, tapi lepas aku berkeras suruh buat hari yg sama, doktor tu ‘ok’ kan je. Bukan senang ok nak bawak ayah ke sini. Kalau boleh tu biarlah semua settle sekali harung je. So, pagi tu, ayah buat pemeriksaan jantung, tekanan darah, amik darah & x-tray sekaligus. Alhamdullilah, semuanya normal.. cuma result darah je kena tunggu dua minggu baru keluar. Harapnya semua normal.


Nih pulak malamnya.. adik no. 2 & SIL Ida beli 150 cucuk satay (tapi panggang sendiri la). Dia tak dapat amik cuti untuk teman ayah pegi hospital dgn kami belah siangnya.. tu yang duk belanja satay tuu.. hehe.


Nenek pun join sekali.. Aku bantai tido masa derang semua bakar satay. Lately nih kan, aku senang sangat tertido. Pantang terduduk atas tilam / kerusi – konpemmmm lena!


Nih jagung yg aku sempat bakar last minit (sebab baru terjaga tido.. hehe)

2 Comments

  1. biqque said,

    >ya allah, family u ni masak, makan, masak, makan… bestnyerrrrrrrrr!!!

  2. aD said,

    >biqque, memang dah jadi rutin.. asal balik kampunggg je musti layan bbq.. hehehe🙂

Comments are closed.

%d bloggers like this: